Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

“Kacaknya”– Netizen Puji Imej Rambut Pendek Song Ji Hyo Di AAA 2021

$
0
0

Nampaknya netizen terpaksa ‘menarik semula’ kritikan negatif terhadap imej baru Song Ji Hyo berambut pendek selepas membuat kemunculan di karpet merah Asian Artist Award 2021 baru-baru ini.

Foto – Twitter

Song Ji Hyo muncul dengan suit hitam dengan belahan di bahagian tepi, menambah sensual pada suit itu. Dia mamadankan fesyen dengan solekan smokey menyerlahkan lagi penampilannya sehingga menjadi tumpuan ramai. Rambut pendeknya dengan potongan pixie didandan cermat, Song Ji Hyo nampak cool dan ‘kacak’ sekali pada malam itu.

Terdahulu, terdapat banyak perbincangan di kalangan peminat kerana tidak berpuas hati dengan rambut pendek aktres manis itu. Bahkan beberapa peminat menuntut kenyataan penata rias Song Ji Hyo kerana menukar imej drastik itu.

Foto – Twitter
Foto – IG @foreverjihyo
Foto – IG @foreverjihyo

Bagaimanapun, pengurusan Song Ji Hyo menerangkan perkara sebenar bahawa aktres itu sendiri yang memilih untuk menukar gaya rambut. Mereka menjelaskan bahawa aktres itu mahu menukar imejnya dan memutuskan untuk memotong rambutnya pendek.

Siapa kata Ji Hyo tak boleh rock dengan rambut pendek? Jangan cepat sangat kecam orang…

The post “Kacaknya” – Netizen Puji Imej Rambut Pendek Song Ji Hyo Di AAA 2021 appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584