Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Dulu Perempuan Sekarang Dah Jadi ‘Lelaki’, Elliot Page Bangga Tayang Badan Six Pack

$
0
0

Rasanya semua orang tahu kisah individu bernama Elliot Page. Dulunya dia seorang perempuan cantik tetapi kini telah menukar diri kepada lelaki, dan bangga sebagai transgender.

Baru-baru ini, pelakon siri “The Umbrella Academy” mencuri tumpuan selepas berkongsi peranti baru yang dibelinya di Instagram. Bukan iPhone 13 yang menjadi perhatian tetapi lagaknya yang bersahaja tidak berbaju hanya memakai seluar bikin warga net tak keruan.

Menerusi muat naik di Instagram, Elliot menunjukkan transformasi badannya hasil kerja keras work-out. Dada rata dan perut six pack adalah kebanggaan baru Elliot Page.

Gambar swafoto cermin dengan kapsyen “Oh good my new phone works,” setakat ini telah mengumpul lebih 1 juta tanda suka dan mendapat puluhan ribuan komen positif dari netizen.

Pada Disember 2020, Elliot Page mengumumkan identiti baru sebagai seorang transgender. Menerusi media sosialnya, Elliot mendedahkan dirinya tidak lagi mahu dikenali sebagai wanita.

The post Dulu Perempuan Sekarang Dah Jadi ‘Lelaki’, Elliot Page Bangga Tayang Badan Six Pack appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles