Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Apa Yang Berlaku? Warga Net Persenda Fesyen Aishwarya Rai Di Festival Filem Cannes

$
0
0

Selalunya dia dipuji melambung tapi kali ini netizen mempersenda malah mengkritik pengurusan bekas ratu cantik India, Aishwarya Rai. Ada yang tertanya apa yang berlaku sehingga ratu cantik dunia tahun 1994 ini sanggup mengenakan persalinan ‘murahan’ sebegitu? Adakah terdapat pergaduhan serta perselisihan faham antara pengurusan? Macam-macam teori peminat bila melihat fesyen yang dikenakan Aishwarya di Festival Filem Cannes baru-baru ini.

Pelakon Aishwarya Rai membuat penampilan pada hari ketiga Festival Filem Cannes. Memandangkan ramai yang teruja tapi kemunculan Aishwarya Rai membuatkan ramai juling mata. Beberapa gambar dan video penampilan kedua Aishwarya di festival filem berprestij itu telah tular di media sosial. Walaupun ada yang memuji penampilannya, yang lain secara kejam mengejek stylist kerana pakaian pelik itu.

Foto – Getty

Antara komen warga net;

“Rasanya Aishwarya secara rahsia mempromosikan jenama aluminium foil pada penampilannya di Cannes”.

“Saya tidak pernah melihat pakaian yang lebih teruk daripada ini. Apa yang Aishwarya fikirkan ketika ini?”

“Apa yang berlaku kepada penggayanya? Atau adakah mereka kurang gaji?”

”Aishwarya kelihatan sangat murah. Apa yang berlaku?”

Foto – Getty

Kenapa Aishwarya?

The post Apa Yang Berlaku? Warga Net Persenda Fesyen Aishwarya Rai Di Festival Filem Cannes appeared first on Miss Murai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles