
Keadaan nampaknya semakin memburuk…
Kes penceraian Angelina Jolie dan Brad Pitt membawa kepada banyak lagi isu baharu. Sejak menfailkan perceraian pada September 2016, tidak banyak perkara dapat diselesaikan dengan baik dan menyeluruh. Sehingga kini tuntutan mengenai pemilikan harta bersama iaitu ladang wine Chateau Miraval, Perancis masih boleh diputuskan.
Malah sehingga kini, punca penceraian bekas pasangan popular ini turut menjadi teka-teki. Mereka yang berkahwin pada Ogos 2014 dan kemudian berpisah selepas dua tahun bersama. Angelina Jolie diberi hak penjagaan untuk kenam-enam anak mereka.

Menurut dari sumber BBC, Shiloh Jolie-Pitt kini dalam usaha memohon untuk penukaran nama secara sah di mahkamah Los Angeles. Gadis yang menginjak usia 18 tahun pada 27 Mei lalu mengambil tindakan untuk membuang nama belakang “Pitt”. Ia seolah-olah memberi satu reaksi untuk tidak lagi terlibat dengan ayah kandungnya, Brad Pitt.
Sebenarnya tindakan ini pernah dilakukan oleh anak angkat Jolie-Pitt iaitu Zahara pada tahun lalu. Penuntut Spelman College itu pernah dilihat memperkenalkan diri dengan “Zahara Marley Jolie” dengan meninggalkan nama keluarga ayahnya.

Jadi apa yang sebenarnya yang berlaku dalam keluarga ini?
Sumber-sumber lain mendapati dinamik keluarga ini berubah selepas berlaku insiden buruk yang menyebabkan sehingga Angelina Jolie menuntut penceraian. Antara dakwaan yang dibuat oleh Angelina Jolie terhadap bekas suaminya ialah melakukan kekasaran dengan memegang kepalanya dan menyerang dua anak mereka didalam pesawat.
Dakwaan yang paling mengejutkan ialah Brad Pitt melakukan penderaan lisan dan mencurahkan alkohol kepada keluarganya semasa dalam penerbangan dari Perancis ke Los Angeles. Apa pun, Brad Pitt menafikan perkara tersebut. Dan mereka berdua saling menfailkan saman antara satu sama lain.

Tindakan baru Shiloh kali ini menguatkan lagi khabar angin tersebut. Namun ada pula yang memberi pandangan, kemungkinan Angelina Jolie menghasut anak-anaknya untuk membenci ayah mereka. Siapa tahu…Miss Murai harap kes antara dua pelakon dapat diselesaikan segera dan baik.
The post Anak Angelina Jolie, Shiloh Ingin Buang Nama Keluarga “Pitt” Secara Sah appeared first on Miss Murai.