Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Wak Doyok Berteka-Teki, Putus Tunang Dengan Azrinaz?

$
0
0
Majlis pertunangan Azrinaz dengan Wak Doyok di Desa Hartamas dilaporkan dihadiri keluarga terdekat pada 23 Julai lalu. Foto ihsan Instagram/Azrinaz Mazhar Hakim

Wak Doyok suka berteka-teki, termasuk soal pertunangan dengan Azrinaz Mazhar Hakim, bekas personaliti TV yang pernah hidup bersama sultan Brunei.

Ketika diminta mengesahkan hubungan itu Julai lalu, Azrinaz dan ikon fesyen itu juga mencetuskan pertanyaan, enggan mengesahkan atau menafikan kepada media.

Coretan terkini Wak Doyok di Twitter terus menimbulkan teka-teki mengenai hubungannya dengan bekas isteri sultan Brunei.

Selebriti media sosial itu, atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 35, memuat naik kenyataan bernada sedih, dengan lambang “patah hati”, hari ini.

“Semua sudah suratan takdir. Terima sajalah dengan hati yang terbuka. Sampai di sini saja jodoh kita. 💔 #HidupMestiDiteruskan,” coretnya.

Namun beliau tidak menyatakan sama ada ia melibatkan hubungannya dengan Azrinaz atau persoalan-persoalan lain yang lebih khusus.

Portal mStar Online cuba mendapatkan penjelasan Wak Doyok tetapi begini sahaja katanya: “Saya tiada komen, saya sedang sibuk dengan kerja dan tidak mahu fikir tentang hal itu.”

Portal itu menyebut gambar mereka berdua di akaun Instagram juga didapati sudah dipadam.

Semakan ProjekMMO hari ini mendapati kali terakhir gambar mereka berdua dimuatkan di Instagram Wak Doyok kira-kira empat minggu lalu.

Sementara akaun Instagram @azrinazmazharhakim pula didapati sudah ditutup.

Pada April lalu, Wak Doyok enggan mengulas gosip mereka berdua sedang dilamun cinta. 

“Saya akui kami memang berkawan rapat dan pernah juga keluar berdua serta bersama-sama kawan lain. Tetapi, hendak dikata kami bercinta, memang tidak adalah.

“Saya mengenalinya kira-kira tiga tahun lalu dalam sebuah majlis. Kebetulan kami sama-sama meminati bidang fesyen dan disebabkan itu, kami boleh rapat,” katanya kepada Berita Harian.

Setelah desas-desus pertunangan mereka muncul, Wak Doyok hanya berkata begini: “Biarlah saya hidup dengan cara saya sendiri dan saya tidak ambil kisah pasal hidup orang lain.”

Ditemui Utusan Malaysia hujung Julai lalu untuk mengesahkannya, Azrinaz pula berkata: “Saya enggan memberi sebarang komen.”

Azrinaz berkahwin dengan Sultan Hassanal Bolkiah pada 2005 dan bercerai lima tahun kemudian.

Terbaru

“Ya, kami sudah putus cinta baru-baru ini”.

Itu penjelasan ringkas ikon fesyen popular Wak Doyok mengenai hubungannya dengan bekas wartawan penyiaran Azrinaz Mazhar Hakim.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 37 bagaimanapun enggan berkongsi lanjut punca perpisahan mereka yang mula diperkatakan sejak kebelakangan ini.

“Saya berasa status yang dimuat naik di laman Twitter jelas menunjukkan situasi yang saya lalui kini. Butiran lanjut mengenai perkara itu tidak perlu saya perjelaskan.

“Cuma ingin dijelaskan, kami hanya putus cinta kerana tidak pernah bertunang seperti yang tersebar sebelum ini. Jadi saya menganggap tiada jodoh antara kami,” katanya kepada Harian Metro.

Wak Doyok yang kini berada di Jakarta, Indonesia bagi menjayakan sebuah program TV di sana berharap penjelasannya ini menjawab segala teka teki banyak pihak.

Menurut Wak Doyok yang juga pengacara program Ke Korea Ka Kita seboleh-bolehnya dia tidak mahu lagi perkara ini dibangkitkan demi menjaga nama baik kedua belah pihak.

“Sesiapa pun tidak mahu perkara sebegini berlaku, tetapi saya akur dengan ketentuan Allah.

“Apa yang saya harapkan daripada semua orang agar berhenti membuat sebarang spekulasi. Biarlah apa yang berlaku hanya kami saja yang mengetahuinya,” katanya.

Pagi semalam Wak Doyok memuat naik status di laman Twitter yang berbunyi ‘Semua sudah suratan. Terima sajalah dengan hati terbuka. Sampai di sini saja jodoh kita’.

Status sama turut disertakan hashtag #HidupMestiDiteruskan beserta emotikon hati terbelah.

Terdahulu Azrinaz mengambil pendekatan dengan tidak mengaktifkan akaun Instagram miliknya sehingga menimbulkan persoalan.

Dalam masa sama, Wak Doyok turut membuang gambar mereka bersama di Instagram miliknya.

Wak Doyok dan Azrinaz pernah dikatakan mengikat tali pertunangan pada Aidilfitri lalu namun tidak disahkan kedua-dua pihak.

SUMBER 1 & 2


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583