Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

‘A Date With Kim Rae Won’ Tambat Hati 5,000 Peminat Malaysia

$
0
0
Kim Rae Won. Foto - arkib Wanista.com

Tiada ‘Monday Blues’, sebaliknya ia merupakan Isnin yang penuh ceria, khususnya buat sekumpulan peminat K-drama yang berkesempatan untuk bersua muka dengan pelakon terkenal dari Korea Selatan, Kim Rae Won pada 10 Oktober. Sesi bertemu peminat terbuka yang dianjurkan oleh saluran hiburan nombor satu Korea, ONE HD, itu telah dilangsungkan dengan meriahnya di pusat membeli-belah Pavillion KL.

Kim Rae Won ambil peluang selfie bersama ribuan peminatnya. Foto - arkib Wanista.com
Kim Rae Won ambil peluang selfie bersama ribuan peminatnya. Foto – arkib Wanista.com

Penampilan Kim Rae Won telah menarik kehadiran lebih 5,000 peminat dari seluruh pelusuk tanah air. Ada diantara mereka yang sanggup tiba awal seawal 9:30 pagi semata-mata demi merebut barisan hadapan supaya dapat menatap wajah aktor itu secara dekat. Kunjungan Kim Rae Won ke Kuala Lumpur adalah susulan kejayaan drama bersiri yang diterajuinya Doctors, yang dinobatkan selaku drama dengan rating tertinggi dalam kalangan semua saluran antarabangsa di Malaysia. 

Sebaik sahaja muncul di atas pentas, Kim Rae Won memberikan komitmen terbaiknya  untuk menyerikan suasana sepanjang sesi bertemu peminat berlangsung, terutamanya dengan mengukir senyuman manisnya yang memukau. Suasana riuh-rendah juga tidak putus-putus dengan teriakan dari peminat-peminat sambil mereka mendengar cerita yang dikongsi pelakon itu yang mengenai pengalaman beliau ketika di set drama Doctors dan juga berkenaan projek akan datang.

Peminat bertuah yang mendapat poster khas ditandatangani Kim Rae Won. Foto - Facebook One Tv Asia
Peminat bertuah yang mendapat poster khas ditandatangani Kim Rae Won. Foto – Facebook One Tv Asia

Enam peminat bertuah juga telah dipilih dan dijemput ke atas pentas untuk melakonkan semula beberapa adegan yang paling mencuri tumpuan daripada Doctors termasuk babak romantis  di mana Kim Rae Won dan Park shin Hye menari kegembiraan didalam hujan. Tanpa segan-silu, peserta-peserta menyahut cabaran itu dengan penuh kesungguhan lalu mencuit hati semua yang hadir termasuk Kim Rae Won senduru tersenyum lebar, dengan gelagat masing-masing. Majlis petang itu disudahi dengan Kim Rae Won menandatangani poster eksklusif untuk peminat-peminat, sebelum beliau meninggalkan pentas disusuli dengan sorakan dari peminat.

Saksikan Kim Rae Won dalam Doctors, yang akan kembali melalui siaran ulangan saluran ONE HD (Saluran Astro 393) bermula pada 30 Oktober, setiap Ahad, jam 12:45 tengah hari dengan dua episod ditayangkan berturut-turut.

Drama Korea, Doctors Foto - pinterest.com
Drama Korea, Doctors Foto – pinterest.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583