Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Lip Sync Battle Kini Kembali Untuk Musim Yang Ke-2 Dengan Lebih Adegan Mencuit Hati!

$
0
0

Peminat rancangan yang paling hangat alaf ini boleh mula bersorak kerana Lip Sync Battle kini kembali untuk musim yang ke-2! Saksikan Lip Sync Battle musim ke-2 yang akan bersiaran di saluran Comedy Central sekitar Asia bermula 24 Mei 2016, jam 9.30pm. 

Antara selebriti yang bakal beraksi meniru gaya penyanyi sebenar di atas pentas dengan pelbagai gaya yang mencuit hati adalah termasuk Christina Milian, Eva Longoria, Gigi Hadid, Jason Derulo, Kevin Hart, Snoop Dogg, Tyler Posey dan ramai lagi! Bukan itu sahaja, episod pertama yang akan ditayangkan malam ini bakal memaparkan bakat pelakon kacak Channing Tatum bersama isterinya Jenna Dewan Tatum beraksi sambil disertai penampilan khas dari Beyoncé and Paula Abdul.

Lagu-lagu yang dinyanyikan adalah berdasarkan pemilihan selebriti itu sendiri, malah bulkan mudah untuk meniru penyanyi sebenar. Seseorang memerlukan kepakaran untuk menggerakkan bibir selari dengan nyanyian penyanyi sebenar, bahkan gerak tarinya juga harus mengikut rentak muzik dan ritma yang dimainkan.

Gigi Hadid turut beraksi dalam Lip Sync Battle musim ke-2. Foto -Arkib Wanista
Gigi Hadid turut beraksi dalam Lip Sync Battle musim ke-2. Foto -Arkib Wanista

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menonton racangan alaf baru Lip Sync Battle yang penuh dengan momen gelak-ketawa yang pasti buat anda tidak kering gusi!

Untuk keterangan lanjut, sila layari comedycentralasia.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583