“NAMA saya Bond. Jane Bond.”
Apa akan jadi jika ini dialog pengenalan yang bakal digunakan dalam filem Bond seterusnya?
Bagi para peminat bintang utama X-Files Gillian Anderson, ini satu imaginasi yang perlu ditunaikan oleh penerbit francais perisik handalan 007, MGM Studios.
Gosip hangat tersebut mula tersebar setelah pelakon siri televisyen The Fall itu memuat naik poster filem yang disunting dengan memaparkan dirinya sebagai Bond terbaharu di akaun Twitter.
It's Bond. Jane Bond.
Thanks for all the votes! (And sorry, don't know who made poster but I love it!) #NextBond pic.twitter.com/f8GC4ZuFgL— Gillian Anderson (@GillianA) May 21, 2016
“Ini Bond. Jane Bond. Terima kasih atas undian semua! (Saya tidak tahu siapa yang buat poster ini tetapi saya sukakannya!” ujar Gillian dalam tweet tersebut.
Undian yang dinyatakan oleh Gillian merupakan kempen media sosial yang menggunakan hashtag#NextBond untuk memilih calon perisik rekaan Ian Fleming tersebut.
Kempen tersebut dijalankan bermula minggu lalu selepas pelakon Bond semasa, Daniel Craig menolak tawaran bernilai 68 juta pound (RM409 juta) untuk membintangi dua lagi filem 007, lapor The Guardian.
‘Cadangan’ Gillian menjadikan Twitter meriah dengan sokongan para peminatnya:
is gillian anderson playing bond yet i need something good to look forward to
— ursie (@aIyciadebnrm) May 21, 2016
yes, but we need to make an actual petition for Gillian Anderson to be the next bond.
— ALL CAPS X FILES (@ALLCAPSXFILES) May 20, 2016
still rooting for a female bond tbh…aka gillian anderson because?? can you imagine how iconic
— charlene (@farmigabates) May 20, 2016
Antara yang pernah disebut-sebut sebagai James Bond baharu termasuklah bintang utama Luther Idris Elba, Tom Hiddleston (Night Manager), Tom Hardy (The Revenant), dan Damian Lewis (Homeland).