Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

“Kenal Dulu, Siapa Kata Saya ‘High Maintenance’?” -Farahdhiya

$
0
0

Penyanyi dan pelakon Farahdhiya Mohd Amin menggesa lelaki yang mahu mendekatinya agar tidak membuat kesimpulan mudah tentang dirinya.

Farahdhiya, 32, berkata lelaki bimbang untuk mendekatinya kerana sering beranggapan wanita sepertinya memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Sometimes u gotta listen to what people don't say.Enjoy your Sunday peeps.Salam sayang utk semua ❤️ #teamfarahdhiya

A photo posted by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd) on

“Saya tidak tahu kenapa ada yang pantas menganggap saya wanita jenis high maintenance? Golongan lelaki yang seusia saya pun mungkin jadi tidak berani hendak mendekati kerana skeptikal.

“Sejujurnya saya tidak faham kenapa ada yang mengadili saya sebegitu? Tidak kenal maka tidak cinta, jadi kenali saya dulu dan kemudian hakimilah,” katanya kepada Berita Harian seperti dilaporkan portal Rotikaya.

Penyanyi lagu “Bertakhta di Hati” berkata dirinya seorang wanita yang cukup ringkas dan melakukan tugas biasa ketika di rumah.

Happy Mother's Day to my beautiful mum.My mum is the best mum on earth,Fullstop!😎❤️

A photo posted by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd) on

Tambahnya, menurut portal itu lagi, penampilannya di rumah sama seperti seorang bibik namun kerjayanya sebagai seorang artis menuntut untuk berpenampilan cantik.

“Cuma tuntutan kerja saya dalam dunia glamor yang memerlukan saya bergaya dan nampak cantik,” beliau dilaporkan berkata.

“Saya cintakan kehidupan biasa selain bidang seni. Bukan merungut cuma apabila berada dalam dunia glamor, saya perlu sentiasa nampak cantik.”

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles