Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1593

Menangi MTV BIG PASS Untuk Peluang Tonton 4 Persembahan Gig Eksklusif Bersama Rakan!

$
0
0
Foto -mtv.asia

Ingin meluangkan masa bersama rakan-rakan anda yang gilakan muzik? Apa kata sertai peraduan untuk merebut MTV BIG PASS yang akan membuka peluang untuk anda bersama tiga lagi rakan karib anda menonton konsert gig eksklusif secara percuma! Bukan hanya satu tapi 4 buah konsert gig sekurang-kurangnya! Ini adalah termasuk Rockaway Fest 2016, Neon Lights 2016, It’s The Ship 2016 dan ZoukOut 2016.

Paling menarik, selain pas ke konsert gig percuma, anda dan rakan-rakan turut akan diberi layanan VIP! Penginapan, tambang penerbangan serta makan dan minum akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak MTV Asia. WOW! Apa tunggu lagi?

Foto -mtv.asia
Foto -mtv.asia

Apa yang harus anda lakukan untuk menang?

  • Hantar video atau foto anda dan rakan-rakan sedang rancak berparti mahupun menari mengikut alunna muzik hebat!
  • Jangan ketinggalan untuk memuat naik video atau gambar di akaun instagram bersama hashtag #MTVBigPass
  • Yup, pastikan tetapan Instagram anda ditukar daripada peribadi (private) kepada awam (public) supaya pihak MTV dapat menilai video mahupun gambar anda itu.
  • Jangan lupa sertakan sekali status kewarganegaraan anda pada bahagian kapsyen pos anda.
  • Video mahupun foto yang paling menarik dan kreatif akan diadili, berpeluang memenangi pass konsert gig percuma bersama layanan VIP sepanjang berlangsungnya acara.
Foto -mtv.asia
Foto -mtv.asia

Syarat Penyertaan:

  • Tarikh tutup peraduan adalah pada 20 Oktober 2016 (dua hari dari hari ini).
  • Peraduan hanyalah terbuka untuk warganegara Singapura & Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan. Baca di sini www.mtvasia.com

Untuk keterangan lanjut berkenaan keempat-empat gig yang ditawarkan kepada pemenang, sila layari www.mtvasia.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1593

Trending Articles