
Shopaholic Louis drama Korea terbaru di saluran Oh!K (Astro 394) sedang menemui penonton dengan lakonan hebat dari Seo In Guk, Nam Ji Hyun, Yoon Sang Hyun dan Im Se Mi. Sebuah drama romantik komedi menceritakan Louis, yang kehilangan memori dan berusaha untuk mencari identiti sebenar dia. Tenggelam di dalam perasaan yang kecewa, dia bertukar menjadi si kaki boros dan kuat membeli-belah – shopaholic! Kemudian dia bertemu dengan Bok-sil, seorang gadis yang mengajar dia bahawa cinta dan kasih sayang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Secara eksklusif! Team Wanista berkongsi dengan anda temu bual Seo In Guk dan Yoon Sang Hyun mengenai drama terbaru mereka Shopaholic Louis. Jom kita ketahui apa yang mereka harapkan tentang drama ini dan perasaan Seo In Guk bila dapat bergandingan dengan si jelita Nam Ji Hyun.
Seo In Guk

1. Apakah perasaan anda ketika memegang watak sebagai Louis?
Saya amat tertarik dengan karakter Louis – dari seorang yang kaya-raya suka membeli-belah bertukar kepada pengemis. Selain itu, cara Louis mendekatkan diri dengan Bok-sil merupakan ‘twist’ cerita yang lain dari yang lain. Anda jarang melihat drama yang memberi konsep sebegitu. Bukan sahaja karakter, saya juga terkesan dengan jalan cerita yang mempunyai babak yang tidak boleh dijangka. Antaranya, ketika Louis hilang ingatan pada awal episod, ada beberapa adegan yang memaparkan sikap Louis seperti keanak-anakan. Dengan bantuan Bok-sil, secara semulajadi Louis kembali menjadi seorang lelaki yang matang. Bahagian yang paling seronok semasa di set ialah saya dapat berpakaian seperti pengemis. Saya seronok dan berasa teruja sehingga Pengarah sendiri terpaksa menghalang saya ketika babak saya mengisi sos tomato terlalu banyak!
2. Apa yang berada di dalam fikiran anda, bila peminat mengelarkan anda ‘puppy-like’ (kebudak-budakan)
Sebenarnya, saya memang merasa yang saya seorang ‘puppy-like’ dan saya suka digelar begitu!
3. Wujud atau tidak perbezaan karakter dan adegan cinta dengan drama sebelum ini?
Jika sebelum ini saya memegang watak didalam sebuah drama serius, berlainan pula dengan siri kali ini yang mempunyai jalan cerita yang ringan dan lucu dimana saya cukup seronok membawa lakonan. Saya sering berbincang dengan Pengarah supaya saya mampu hasilkan sesuatu yang sesuai dengan jalan cerita.
4. Apa perasaan anda bila dapat bergandingan dengan Nam Ji Hyun sebagai pasangan kekasih?
Ini kali pertama saya bekerja bersama Nam Ji Hyun dan saya banyak belajar dari beliau. Beliau memberi persembahan lakonan yang sangat bagus dan ia amat membantu saya menjiwai watak dengan cepat. Saya suka bergurau dengan petugas set yang lain dan melayan mereka seperti rakan! Di luar kamera, kami amat rapat sama seperti Bok-sil dan Louis! Kadang-kadang kami selalu adakan ‘prank’ antara satu sama lain!
5. Apa yang kami boleh harapkan anda di dalam Shopaholic Louis? Juga, adakah anda hadapi tekanan untuk dapatkan rating drama?
Sahabat baik saya amat risau dengan keadaan saya kerana saya langsung tidak berehat selepas habis pengambaraan filem 38 Revenue Collection Unit. Walaubagaimanapun, saya tidak rasa perkara tersebut memberi kesan pada peranan saya didalam Shopaholic Louis. Potensi rating juga menjadi peranan semasa saya memilih untuk mengambil tempat disesebuah produksi. Jika rating adalah bagus, saya berasa gembira dan bersyukur. Akan tetapi, rating tinggi bukanlah keutamaan bagi saya.
6. Boleh anda ceritakan sedikit ketika bekerja di Busan? Ada pengalaman yang menarik untuk dikongsi?
Ianya sangat bagus! Sehari sebelum pengambaran bermula saya banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Bila saya kembali bekerja pada keesokan harinya, saya mula bercakap didalam dialek Busan yang mana tidak ada di dalam skrip!
Kunjungan ke Busan sangat istimewa dan menjalinkan hubungan setiap krew dan petugas drama. Kami bercadang akan kembali ke Busan dan saya akan menunggu saat itu.
7. Adakah anda rasa tertekan dengan kejayaan ‘W-Two Worlds’? Dan, sekiranya rating Shopaholic Louis lebih tinggi dari jangkaan anda, apa yang sanggup anda buat sebagai tanda penghargaan?
Saya dan Nam Ji Hyun percaya drama ini akan membuat penonton jatuh cinta. Saya akan berasa amat gembira jika rating drama ini naik sehingga dua digit. Jika ia berlaku, saya sanggup melakukan apa sahaja, termasuklah berpakaian seperti anjing, Shiba Inu!
Yoon Sang Hyun

1. Bagaimana anda menyiapkan diri untuk watak ini?
Saya selalu menginginkan memegang watak seseorang yang bergaya dan chic. Terima kasih kepada Pengarah Lee, saya diberi peluang ini! Beliau juga memberitahu kepada saya supaya membawa karakter ini sebagai seorang lelaki menarik yang sering menjadi perhatian orang ramai. Jadi saya mengambil Robert Downey Jr. sebagai inspirasi!
2. Jarak umur anda dengan Nam Ji Hyun berbeza 22 tahun.
Saya tidak mengambil berat mengenainya. Saya hanya memainkan karakter. Ini semua tentang bagaimana saya menguruskan emosi yang saya ingin tonjolkan di dalam skrin.
3. Apa yang penonton boleh harapkan dari watak yang anda bawa?
Semasa pertama kali saya menerima tawaran, keterangan mengenai karakter Joong-won ialah seorang yang berkarisma tetapi degil. Saya agak risau karakter ‘keras’ seperti ini tidak sesuai dengan drama romantik komedi tapi syukur, Joong-woon juga terlibat beberapa situasi lucu. Silalah menyokong Shopaholic Louis!
Jangan lupa untuk tonton Shopaholic Louis di saluran Oh!K (Astro 394). Setiap episod baru akan disiarkan pada hari Khamis dan Jumaat pada jam 8 malam, bersiaran 24 jam selepas tayangan di Korea. Terdapat pilihan sari kata Bahasa Inggeris, Cina dan Melayu.
