
Rancangan eksklusif ‘By The Sea With Ili’, yang berlangsung selama enam episod ini bakal menyajikan peminat makanan laut dengan paparan mingguan selama 30 minit yang akan disiarkan di Asian Food Channel (Astro Ch 703) setiap Khamis, jam 10 malam, bermula dari 10 November ini.

Saksikan beliau menjelajah setiap bandar-bandar pesisir pantai Asia untuk mencari makanan laut yang menyelerakan disamping menikmati pemandangan pantai yang menakjubkan. Anda berpeluang menyaksikan bagaimana beliau menghasilkan semula masakan-masakan tersebut dengan perspektif baru.

Turut serta bersama Ili jelajahi bandar-bandar pesisir pantai seperti Da Nang, Phuket dan Terengganu dimana beliau akan menemui penduduk tempatan dari pelbagai latar belakang. Para penonton pasti terpesona dengan cerita-cerita mengenai nelayan laut dalam, ‘Juara Masakan’ Thailand dan juga gipsi laut! Setiap episod menyaksikan cara Ili memasak yang diinspirasikan oleh teknik dan makanan laut tempatan, sambil memaparkanciri-ciri sejarah dan keunikan bandar tersebut.

Para penonton boleh mendapatkan info dan memuat turun resepi daripada setiap episod selepas rancangan disiarkan di www.asianfoodchannel.com/bythesea.
Jangan lupa hari Khamis, 10 malam di channel 703 Astro!