
Setelah beberapa tahun berjaya menapak dalam industri muzik di Amerika Syarikat, kini selebriti kelahiran Malaysia yang sering membawa imej berturban ini, Yuna bakal melebarkan sayap muziknya di Hong Kong buat kali yang pertama.
Berlandaskan persembahan muzik berirama pop dan R&B, Yuna akan mula menggegarkan kota metropolitan Hong Kong dari 25 hingga 27 November ini di Central Harbourfront bersempena Clockenflap 2016 yang merupakan festival muzik dan kesenian paling gempak di Hong Kong.

Ayuh sertai Yuna untuk berdansa dengan alunan muzik dan suara uniknya ala Coachella, sambil bersantai di atas bentangan padang rumput hijau yang pastinya menyeronokkan. Antara selebriti antarabangsa lain yang turut diundang untuk menghiburkan para pelawat adalah termasuk M.I.A dari United Kingdom, merupakan rappers wanita paling berpengaruh abad ini, London Grammar, The Chemical Brothers yang merupakan mengubah dan pemaian muzik elektro terkemuka, Sigur Rós (IS), penyanyi tersohor Taiwan, Cheer Chen (TW) dan ramai lagi!

Selain hiburan muzik, festival Clockenflap 2016 ini turut menggabungkan elemen kesenian, kepelbagaian makanan serta ajuran pelbagai bengkel yang bisa mendekatkan pengunjung dengan aktiviti-aktiviti menarik.
Untuk keterangan lanjut berkenaan festival mahupun cara pembelian tiket, sila layari www.clockenflap.com. Atau lawat laman Facebook rasmi Clockenflap 2016 di www.facebook.com/clockenflap.