Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Hazama, Genervie Nikah Bulan Depan

$
0
0
Genervie Kam dan Hazama

Penyanyi, Hazama, 32, merancang akan menamatkan zaman solo dengan kekasihnya, Genervie Kam, 36, Disember depan. Pasangan yang menjalin hubungan cinta hampir empat tahun itu akan mengikuti kursus perkahwinan awal bulan depan di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

“Memang saya berhasrat untuk bernikah dulu pada bulan depan. Diharapkan, dengan pernikahan itu akan mengelakkan fitnah dan cakap-cakap orang mengenai hubungan kami.

“Alhamdulillah, dia (Genervie) pun kini dalam proses memeluk agama Islam dan keluarganya juga menerima saya dengan sebaiknya,” kata Hazama.

Menurut penyanyi Di Amaran Mama ini, majlis persandingan hanya akan difikirkan kemudian kerana ia memerlukan persediaan besar selain kos yang tinggi.

“Orang ramai memang mengharapkan saya mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran seperti dianjurkan beberapa teman lain. Bukannya saya tidak mahu berbuat begitu, namun ia tetap berbalik kepada keadaan ekonomi dan kewangan. Jadi, saya rasa lebih elok kami berjimat,” katanya.

Hazama yang ditemui pada majlis penerangan mengenai Mentor Milenia 2017 di sini berkata, majlis pernikahannya juga akan diadakan secara tertutup.

“Mungkin saya akan bernikah di masjid atau pejabat agama saja. Lepas nikah, saya akan maklumkan kepada semua orang di laman sosial.

“Bukan saya tidak mahu menjemput ramai tetamu, cuma saya takut akan menjadi gementar apabila ramai yang datang. Jadi, saya akan memberikan video apabila majlis nikah selesai.

“Saya juga tidak kisah orang nak cakap apa sebab ia bukan perkara yang salah. Saya tidak boleh menghalang orang nak cakap apa, namun yang penting pernikahan kami sah,” katanya.

Sibuk memfokuskan kepada albumnya yang memakan masa hampir setahun untuk disiapkan antara faktor membuatkan Hazama berasa tertekan memikirkan soal berumah tangga.

Namun, segala perancangan bagi menyiapkan albumnya kini hampir selesai, yang membolehkan beliau memberikan pula tumpuan kepada majlis pernikahannya.

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles