
Bekas teman wanita Justin Bieber yang dahulunya sukar untuk move on ini mulai berteka-teki dengan umum apabila aksi ‘mesra’ dia dan seorang penyanyi lelaki popular dirakam paparazi di hadapan sebuah restoran di Santa Monica.
Kedua selebriti itu begitu intim, berpelukan sambil bertukar ciuman seperti tiada apa yang janggal.
“Pertemuan mereka pada malam tersebut berlangsung selama tiga jam dan tidak melibatkan orang lain. Selena dan The Weeknd hanya makan malam berdua sahaja.
“Selepas keluar dari restoran, sementara menanti pemandu masing-masing tiba, Selena dan The Weeknd berpelukan dan berciuman.



“Selena kelihatan sangat rapat dan mesra bersama The Weeknd. Selena juga kelihatan sangat gembira seperti seorang wanita yang sedang dilamun cinta,” kata sumber.
Kata sebuah laporan lagi, tidak dapat dipastikan sejak dari bilakah mereka berdua rapat berhubung tetapi apa yang pasti, mereka kelihatan sangat serius seolah hangat bercinta.

Sebelum ini, The Weeknd yang kini popular dengan lagu Starboy menjalinkan hubungan dengan model terkemuka, Bella Hadid namun percintaan mereka putus pada November tahun lalu.
P.S. Bella Hadid juga dikatakan telah ‘unfollow’ Selena Gomez di Instagram. Oppss! Sorry best friend.