
Hanya kerana video Lee Dong Wook berambut blonde, peminatnya menggila. Malah video tersebut kini viral di media sosial.
Populariti Lee Dong Wook boleh dikatakan makin menjadi-jadi sejak membintangi drama Goblin, yang menyaksikan dia memegang watak sebagai Grim Reaper, malaikat maut yang hilang ingatan dan kesepian.
Dalam video tersebut, Lee Dong Wook segak berambut blonde dan berkemeja, kulit putih pucat, bibir merah, rupa paras yang sungguh tajam, fizikal yang tinggi lampai dan kurus, membuatkan dia kelihatan seperti putera dari kisah dongeng.
Malah, penampilan Lee Dong Wook tak ubah seperti Edward Cullen dari filem Twilight. Anda setuju tak?