
Alhamdulillah, akhirnya selebriti Mia Ahmad dan pasangan telah selamat diijab kabulkan sekitar 10.18 pagi tadi di sebuah majlis yang berlangsung di Villa Sentosa, Taiping, Perak.
Pelakon yang popular menerusi Hati Perempuan itu telah selamat bergelar isteri dengan sekali lafaz kepada penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan.
Bagimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan dan majlis resepsi pihak sebelah wanita akan diteruskan esok berlokasi di Taiping Golf & Country Club Perak manakala majlis menyambut menantu bakal diadakan di Terengganu pada Mac depan.
Mia sebagai raja sehari dilihat begitu anggun mengenakan sepersalinan dress peplum rona putih rekaan Lynda Rahim.
Lagi Foto Sekitar Majlis Akad Nikah Mia Ahmad & Mohd Izham Tarmizi