Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Lindsay Lohan Padam Semua Gambar, Tulis ‘Alaikum Salam’ di Instagram

$
0
0
Foto - Sizling People

Pelakon Lindsay Lohan sebelum ini pernah beberapa kali dikaitkan dengan Islam dan terkini membuat kejutan apabila memadam semua gambar di Instagramnya dan menulis ayat ‘Alaikum Salam’ di profile dirinya.

Lindsay, 30, sememangnya terkenal di timur tengah kerana dia selalu ke Turki untuk menjadi sukarelawan kerana mengambil berat perihal pelarian di sana.

Tindakan Lindsay itu sekaligus mendapat perhatian pelbagai media sehingga ada yang mempersoalkan sama ada dia sudah memeluk Islam.

Lindsay tidak memberikan sebarang komen tentang ayat ‘Alaikum Salam’ terbabit namun dia ada menjelaskan mengapa dia bertindak membuang semua foto Instagram kepada Express.co.uk.

Menurut Lindsay, tindakan itu adalah simbolik kepada dirinya untuk melupakan masa silam.

“Ia adalah simbolik kepada saya melepaskan masa silam dan bergerak ke hadapan yang sangat terapeutik. Ianya sangat memberi kebaikan apabila berhubung (secara media sosial) dengan orang tersayang, rakan… tetapi, ia akan menjadi negatif apabila berhubung kepada semua orang. Ia adalah dunia sayang kita kini hidup, tetapi itu semua terpulang kepada individu,” jelasnya.

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583