
Seperti biasa, jika ada sahaja yang tidak kena atau rasa kurang puas hati pasti pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkannya di laman akaun twitter miliknya.
Ternyata keluaran buku berjudul 99 Kata-Kata Fattah Amin ternyata menimbulkan rasa tidak puas hati pelakon tersebut.
Tapi kenapa?
Beliau dalam satu status di laman sosial mempersoalkan sejauh mana pencapaian Fattah hingga boleh menganggap dirinya mempunyai bakat untuk menulis buku.
Apa pencapian ko nak tulis buku? Dude tak semua atas muka bumi ni tuhan cipta yg ko ada bakat..
— SHARNAAZ BASIR AHMAD (@SharnaazAhmad) February 12, 2017
Sharnaaz dipercayai berang dengan penerbitan buku itu kerana kandungannya ada menyentuh tentang beliau.
Aku tak pernah kacau idup org, jangan petik hal aku, jangan kacau family aku.hina family aku.. itu jam mau tau lah singa kandang atau patung
— SHARNAAZ BASIR AHMAD (@SharnaazAhmad) February 12, 2017
Sebelum ini, Fattah, 27, memberitahu antara kata-kata istimewa yang dikongsi dalam bukunya itu berkaitan lakonannya pernah dikritik sebagai kayu oleh seseorang.
Buku berkenaan boleh di dapati MPH Book Store seluruh negara dengan harga RM58 senaskah di semenanjung dan RM65 di Sabah dan Sarawak.
Sharnaaz seterusnya mempersoalkan berapa tinggi nilai sastera dalam diri Fattah serta berapa banyak anugerah pernah diterimanya seperti A.Samad Said dan Zahiril Adzim.
Ko A samad said ka? Zahiril adzim ka? Beto ka? Brp tinggi sastra ko? Brp banyak award ko dan sumbangan? Harap suara kambing? Utoh la ba-kai
— SHARNAAZ BASIR AHMAD (@SharnaazAhmad) February 12, 2017
Walaupun tweet Sharnaaz tidak menyebut mana-mana buku atau selebriti, namun kebanyakan pengikut twitter tersebut tahu disebalik maksud ‘perli’ tweet tersebut dimaksudkan.