Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

10 Dress Paling Top &“Loser” Dari Karpet Merah Grammy Awards 2017

$
0
0

Seperti biasa, gaya selebriti ke anugerah-anugerah bergermalapan seperti Grammy Awards 2017 ini adalah yang sering menjadi perhatian para pengamal media dan lensa kamera seterusnya menjadi bahan kritikan netizen di seluruh dunia.

Kali ini, boleh dikatakan rata-rata fesyen yang dibawakan para selebriti A-List tidak begitu menyerlah dan agak hambar. Hanya beberapa orang sahaja berjaya membuatkan mata yang melihat ‘terbeliak’ manakala lainnya hanyalah serkap jarang umpama melepaskan batuk di tangga atau bahasa pasarnya “asal boleh”. 

Untuk tatapan semua, ini gabungan 10 busana paling cantik dan terhodoh dari karpet merah Grammy Awards yang ke-59 pilihan Wanista!

5 Busana Paling Cantik 

#1 Rihanna

Tiada sesiapa pun boleh menandingi gaya fesyen yang dibawakan Riri! Berkelas sekaligus padat memenuhi cita rasa ranggi wanita berusia 28 tahun ini, dirinya berani menyarungkan dress 2 piece mengandingkan bralette berwarna oren bersama skirt kembang beralun rona hitam berlisu diperbuat dari fabrik berbulu seperti baldu.

Sumber: Getty

#2 Beyoncé

Cantiknya mak buyung yang seorang ini, tidak pernah gagal untuk tampil glamor biarpun bentuk badan sudah berubah dek kerana sedang sarat mengandungkan… anak kembar! Tak salah gayakan fabrik berkilau untuk serlahkan lagi apa yang telah sedia menyerlah :)

#3 Jennifer Lopez

Hello sexy mama! Bukan main nampaknya si JLO melaram malam semalam. Fabrik jenis tulle berlatarkan warna pastel ungu lilac tersangatlah padan dengan gaya versatile yang dibawakan ratu hati pujaan ramai ini. Tidak memakai sebarang aksesori barang kemas sarat pada leher, rambutnya dibiarkan lepas sambil stiletto menghias bahagian kaki yang polos -menyerlahkan penampilan belah kain feminin pada dress.

#4 Céline Dion

Elegen berkelas, Céline Dion tampil menggenakan dress yang mendedahkan sebahagian aset tubuhnya tanpa perlu work too hard! Cantik sambil ditemani tumit tinggi serta anting-anting yang dihiasi permata senada rona Emerald.

Sumber: Getty

#5 Guiliana Rancic

Jarang lihat selebriti menggayakan dress pendek atas lutut kala menghadiri majlis berprestij namun pengacara televisyen yang seorang ni nampak manis menggayakan dress pendek renda. Perincian pada leher, kelim hujung skirt serta pergelangan tangan sangat menarik hati! Tali pinggang tebal senada pula secara tidak langsung menyerlahkan lagi tubuh badannya yang langsing.

Sumber: Getty

5 Busana Paling Hodoh

#1 Katty Perry

Sekali pandang mungkin nampak okay, dua kali pandang… NO NO. Lebih baik andainya fabrik berbulu itu dijahit bermula pada bahagian pinggang ke bawah kerana yang ini kelihatan seperti kain kurung yang terlondeh.

Sumber: Getty

#2 Halsey

Baju tidur ke ni? Mungkin Halsey patut berada di bilik sahaja malam itu.

Sumber: Getty

#3 Andra Day

Nampak murah dan tak faham apa yang pereka cuba sampaikan melalui rekaan dress sebegini. Hmm Terutamanya kasut yang disarungkan… tak sesuai langsung!

Sumber: Getty

#4 Santigold

Nak pergi sekolah tadika ke tu… nampak sangat keanak-anakan. Sorry not to sorry. Ini bukan parti kostum.

Sumber: Getty

#5 Skylar Grey

Sesuai buat mereka yang gemar gaya minimalis. Tetapi fabriknya nampak tidak bergaya langsung untuk malam anugerah. Lebih cantik jika rekaan dress ini menggunakan fabrik yang berkilau mahupun bertekstur seperti renda atau bermanik.

Sumber: Getty

Walau apa pun, tahniah buat Adele yang telah ‘sapu habis’ anugerah utama pada malam Grammys yang ke-59!

Adele membawa pulang 3 daripada 4 anugerah utama Grammys termasuklah Record of the Year, Song of the Year dan Album of the Year.

SUMBER 1, 2 & 3


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583