Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Momen Swafoto Shah Rukh Khan & Aamir Khan Jadi Kegemaran Peminat

$
0
0

Dua bintang hebat Bollywood yang kini masih menjadi perhatian peminat dan sentiasa mencatat kutipan filem pecah panggung ini telah membuka tanda keakraban mereka walaupun mereka jarang bercerita mengenai keakraban antara kedua-duanya. 

 Swafoto Shah Rukh Khan dan Aamir Khan yang dimuat naik oleh bintang Kuch Kuch Hota Hai itu pada 10 Februari itu sudah mendapat 71,460 ‘like’ dan lebih 17,000 lagi menyebarkan semula foto berkenaan.

 

“Kami mengenali antara satu sama lain selama 25 tahun dan inilah kali pertama kami berswafoto. Ia adalah satu malam yang indah,” tulis Shah Rukh menerusi kapsyen gambar yang dimuat naik.

Gambar terbabit dikatakan dirakam bintang tersohor itu ketika mereka menghadiri majlis hari lahir usahawan, Ajay Bijli.

Sepanjang berkecimpung dalam industri seni, mereka jarang dilihat disatukan dalam sebuah karya, apatah lagi untuk memuat naik gambar bersama.

Di dalam gambar itu, biarpun masing-masing sudah menjengah angka 51 tahun, Shah Rukh dan Aamir kelihatan tidak dimamah usia dan masih tampan seperti era ketika mereka mula-mula mencipta nama dulu.

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583