Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Akim Dan Stacy Pilih Nama Ringkas ‘Eshaal’ Untuk Anak Sulung Mereka

$
0
0

Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Stacy dan Akim dengan kelahiran cahaya mata sulung pada 17 Februari lalu jam 5.17 petang. 

Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, melahirkan bayi perempuan seberat 2.97 kilogram berkenaan di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Akim dan Stacy tidak lokek berkongsi dengan peminat berkenaan nama anak perempuang sulung mereka.

Secara rasmiya, Akim memuatkan gambar didalam Instagaramnya sekeping kertas dengan tulisan nama penuh anaknya ‘Eshaal binti Afiq Hakim’.

ESHAAL BINTI AFIQ HAKIM

A post shared by Afiq Hakim Ahmad / Akim Ahmad (@akimahmad) on

Nama itu turut ditulis dalam tulisan jawi. Rata-rata peminat Akim memuji beliau dan Stacy kerana memberikan nama yang mudah dipanggil dan pendek.

Pada asalnya, penyanyi lagu Not For Sale itu dijangka melahirkan anak pertama mereka pada 28 Februari ini. Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah.

Mereka turut mempunyai anak angkat bernama Bella De Luna Valentina yang kini berusia lima tahun.

SUMBER 1 & 2 

The post Akim Dan Stacy Pilih Nama Ringkas ‘Eshaal’ Untuk Anak Sulung Mereka appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584