Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Filem Tamil Ciplak Lagu EXO?

$
0
0

Kalau anda penggemar muzik Kpop apatah lagi peminat kumpulan EXO, pasti ada tahu berita hangat di internet sekarang ini.

Terkini, peminat EXO meluahkan perasaan marah menerusi laman sosial dengan mendakwa sebuah filem Tollywood menciplak dua lagu kumpulan kesayangan mereka untuk melatari produksi terbabit.

Foto – Koreaboo

Mereka mendakwa, filem Telugu berjudul Kannaya mencuri dan menukar lirik dendangan asal kumpulan K-pop itu kepada bahasa mereka, tanpa mendapatkan keizinan terlebih dulu.

Filem berkenaan dikatakan diterbitkan di Hyderabad dan perkara terbabit disedari seorang pendengar setia lagu EXO berasal dari India.

Dakwanya, dua karya ialah milik EXO dan satu lagi single LC9 menjadi mangsa ciplak produk filem itu. Peminat terbabit mengatakan, lagu diberikan tajuk Dhamkimar ialah karya plagiat daripada single yang menjadikan EXO popular, Growl. Lagu itu diterbitkan pada 2013. Sebuah lagi lagu ialah single berentak balada yang dimuatkan dalam album sulung mereka, Baby Don’t Cry.

Bagi karya milik LC9 pula, lagu Mama Iragadheei daripada filem berkenaan diubah daripada single Mama Beat. Namun, di sebalik suara ramai yang menuntut pihak berkaitan meminta maaf, dikhabarkan belum ada wakil daripada syarikat produksi terbabit memberikan sebarang maklum balas.

SUMBER

The post Filem Tamil Ciplak Lagu EXO? appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584