
Siapa sahaja yang melihat penampilan Emma Watson di karpet merah untuk tayangan perdana ‘Beauty and The Beast’ pasti bersetuju, beliau sememang seorang Puteri Disney!
Aktres berusia 26 tahun itu bergaya sakan dengan busana biru lembut rekaan Emilia Wickstead dari jurugaya Rebecca Corbin-Murray yang juga bekerja bersama Lily James semasa tayangan perdana Cinderella pada 2015 lalu.

Emma hanya mengenakan solekan nipis dan lipstik gelap berwarna coklat-maroon dan melengkapkan gayanya dengan sepatu tinggi hitam.



Layah belakang busana itu agak kelihatan berat, tapi Emma kekal dengan lagak bersahaja dan mempamerkan kejelitaan pada setiap rakaman kamera yang tertumpu padanya.

Dan Stevens yang juga peneraju utama ‘Beauty and The Beast’ turut bergambar bersama Emma Watson, menyerlahkan lagi acara romantis karpet merah itu.

Filem original klasik Disney ‘Beauty and The Beast’ bakal menemui penonton di Malaysia pada 16 Mac 2017.
BACA: Video Emma Nyanyi Lagu Pembukaan BNTB Buat Penonton Jadi Tak Sabar
The post Busana Biru Emma Watson Serlah Pesona ‘Puteri Disney’ Di Tayangan Perdana BNTB appeared first on Wanista.com.