Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Gossip Bercinta Dengan Sulli, Ini Penjelasan G-Dragon

$
0
0

Sulli dan Choiza baru-baru ini mengesahkan perpisahan mereka selepas bercinta 2 tahun 7 bulan, dan tidak lama selepas itu, khabar angin mengatakan bekas anggota kumpulan f(x) dan ketua kumpulan Big Bang, G-Dragon bercinta mula tersebar.

Untuk menjernihkan keadaan, G-Dragon menafikan spekulasi yang mengatakan dia kini sedang bercinta dengan Sulli susulan persamaan yang dimiliki kedua anak muda ini.

Malah, perkara tersebut diakui oleh YG Entertainment selepas wakil syarikat itu bertemu penyanyi tersebut.

“Kami telah bertemu G-Dragon dan bertanya sendiri kepadanya mengenai hal tersebut dan dia juga telah menafikan perkara itu.

“Dia juga menyatakan perkara itu hanyalah gosip semata-mata dan tidak benar sama sekali. Cincin yang dipakai oleh G-Dragon merupakan hadiah daripada sahabat mereka berdua,” katanya.

Cincin yang ini ke? Aduhai sangat childish gossip sebegini. Foto – Allkpop

Tambah wakil YG Entertainment itu lagi, G-Dragon, 29, kini sibuk membuat persediaan untuk album solo terbarunya.

“G-Dragon kini sedang sibuk dengan pembikinan album solo terbaru dan tiada masa untuk dirinya sendiri.

“Dia juga sudah lama tidak bertemu Sulli selepas keluar bersama rakan-rakan mereka di sebuah taman tema suatu ketika dulu,” jelasnya.

Terdahulu, spekulasi percintaan mereka timbul selepas peminat mendapati cincin berbentuk hati yang dipakai oleh G-Dragon Sulli adalah sama.

Rujukan : 1 & 2

The post Gossip Bercinta Dengan Sulli, Ini Penjelasan G-Dragon appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583