Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Takziah, Komposer Johan Nawawi Kembali Ke Rahmatullah

$
0
0

Johan Nawawi,52, nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air melahirkan lagu-lagu hits seperti Hanya Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera telah menghembuskan nafas terakhir.

Komposer terkenal yang juga suami kepada penyanyi Nora Ariffin, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak malam tadi. Berita sedih itu dikongsi beberapa kenalan industri termasuk pengurus artis, Lisa Tahir.

Bagaimanapun, punca kematian Johan belum dapat dikenalpasti.

Allahyarham difahamkan mempunyai beberapa masalah kesihatan seperti jantung, gout dan kencing manis.

Jenazah akan dimandi dan dikafankan di masjid di Kampung Tunku, Petaling Jaya, selepas solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata, Syakir Iman, 24, Syakir Alif, 18, dan Putri Nor Dahlia, 13, dan Putri Nor Fathehah, lima tahun.

Al-Fatihah.

SUMBER

The post Takziah, Komposer Johan Nawawi Kembali Ke Rahmatullah appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584