Teruja tengok tajuk berita di atas? Ya, Running Man bakal menggegarkan Malaysia pada April Ini!
Pada bulan Januari telah diumumkan bahawa program aneka ragam paling popular, Running Man akan datang ke Malaysia.
Hari ini, Running Man Tour yang akan menampilkan Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Haha, Song Ji Hyo dan Lee Kwang Soo telah mengesahkan kedatangan mereka buat kali ketiga menerusi “Running Man Live in Malaysia 2017” di Kuala Lumpur, Malaysia pada 22 April 2017.

Foto – Hype Malaysia
Butiran Lanjut:
Tarikh: 22 April 2017 (Sabtu)
Masa: 6:00pm
Tempat: The Mines International Exhibition & Convention Center (MIECC)
Tiket: RM 758 (VIP), RM608 (PS1), RM 508 (PS2), RM408 (PS3), RM308 (PS4), RM 208 (PS5).
Tiket? Jualan tiket akan bermula di semua cawangan TicketCharge yang terpilih pada 29 Mac 2017 dan juga pembelian dalam talian www.ticketcharge.com.my.
Untuk sebarang pertanyaan jualan tiket, sila hubungi TicketCharge di +603 9222 8811 (Kuala Lumpur) atau 604 645 9811 (Pulau Pinang). Untuk sebarang pertanyaan lain, sila hubungi Hotline Konsert di +603 9520 4310.
The post Running Man Gegar Malaysia April Ini! appeared first on Wanista.com.