Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Memandu Dalam Mabuk, Kim Hyun Joong Ditahan Polis

$
0
0

Tak habis dengan kontroversi, terkini, penyanyi dan pelakon Kim Hyun Joong ditahan polis kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Pada minggu lalu, seorang pemandu melaporkan Hyun Joong ke pejabat polis kerana mendapati kereta di depannya tidak bergerak di tengah jalan. Apabila diperiksa, terdapat 0.075% alkohol dalam diri pelakon yang membintangi drama popular Boys Over Flowers.

“Pada 26 Mac, Kim Hyun Joong keluar minum dengan rakannya di kawasan tersebut. Sejurus itu, dia diminta mengalihkan keretanya ke tempat lain dan kerana itulah dia memandu (sambil mabuk),” terang agensi Kim Hyun Joong, KeyEast Entertainment.

“Apapun alasannya, lesen Kim Hyun Joong sudah ditahan kerana memandu dalam keadaan  mabuk. Saat ini dia sedang muhasabah diri. Dia tak akan membiarkan hal seperti ini berlaku lagi di masa akan datang,” jelas KeyEast Entertainment.

SUMBER

The post Memandu Dalam Mabuk, Kim Hyun Joong Ditahan Polis appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583