Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Selepas 20 Tahun, Lihat Wajah Terkini Pemilik Suara Sun Baby Dalam Teletubbies

$
0
0

Semenjak ditayangkan di kaca televisyen pada 1997, program bersiri istimewa untuk kanak-kanak popular Teletubbies sudah pun genap 20 tahun di mana selama ini telah berhasil memberi keseronokan buat para penonton dari seluruh pelusuk dunia yang bukan sahaja meranngkumi kanak-kanak malah orang dewasa juga.

Dalam pada itu, masih ingatkah anda watak bayi matahari yang sering ketawa comel menghiasi latar awan nan permai dalam beberapa babak wajib siri Teletubbies? Anda pasti tertanya-tanya siapakah bayi di sebalik watak ikonik itu kan?

Jessica Smith adalah orangnya…

Saat pertama kali Jess ditemu ramah mengenai wataknya dalam Teletubbies tiga tahun lalu. Sumber: Mirror.co.uk

Dia yang kini yang sudah meningkat remaja tampil berkongsi cerita bagaimana dia boleh mendapatkan watak itu.

Kata Jess kepada pihak media BBC South east, “Saya sedang ditimbang oleh jurarawat selepas beberapa ketika dilahirkan di hospital dan kebetulan saat ibu saya mengambil saya kembali, pihak penerbit Teletubbies musim pertama masuk dan berpakat dengan pihak hospital agar dapat mencadangkan mereka seorang bayi yang murah dengan senyuman.

Sumber: Tumblr

“Bapa saya akan bermain dengan saya di hadapan cermin dan kamera demi membuat saya ketawa,” tambahnya.

Terkini: Jess bertemu dengan Berry iaitu kanak-kanak perempuan yang telah menggantikan wataknya sebagai Sun Baby. Sumber: Mirror.co.uk

Program rancangan televisyen itu menjadi hangat serta-merta pada tahun 1990 menampilkan watak utama lain seperti Tinky Winky, Dipsy, Laa-Laa dan Po yang suka sangat menyebut “Eh-Oh”. Ia ditayangkan di lebih 120 buah negara seluruh dunia.

Tonton Video Intro Rancangan Bersiri Untuk Kanak-Kanak Teletubbies

SUMBER

The post Selepas 20 Tahun, Lihat Wajah Terkini Pemilik Suara Sun Baby Dalam Teletubbies appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583