Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Asia’s Next Top Model 5 Penuh Dengan Kejutan Yang Tidak Diduga

$
0
0

Selari dengan tagline terbaharunya untuk musim ke-5, “Expect The Unexpected” menggambarkan keterujaan yang lebih mencabar buat kesemua 14 orang gadis terpilih yang mewakili negara masing-masing sekitar Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Taiwan, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Lebih hebat, Asia’s Next Top Model musim ini diwakili oleh dua orang jelitawan dari Malaysia masing-masing dengan gaya dan rupa paras yang tersendiri, Shikin Gomez dan Alicia Amin.

Tonton Video Pengenalan Shikin Gomez

Tonton Video Pengenalan Alicia Amin

Seperti musim-musim lalu, supermodel antarabangsa terkenal Cindy Bishop masih lagi mengekalkan kedudukan sebagai Hos untuk Asia’s Next Top Model di samping Yu Tsai sebagai Pengarah Kreatif dan Cara G. Mcllroy selaku Mentor Model menggantikan tempat Kelly Tandiono dari musim lepas.

Sumber: Facebook/Asia’s Next Top Model

Tidak ketinggalan, nantikan kemunculan juara Miss Universe 2015, Pia Wurtzbach sebagai tetamu istimewa demi memberi inspirasi berharga buat para peserta musim ini.

Tonton Teaser Episod Pertama Asia’s Next Top Model Musim Ke-5

Akan mula ditayangkan esok, 5 April 2017 hanya di saluran Astro Star World 711 dan Star World HD 722. Nantikan kejutan dengan penuh debaran siapakah yang akan bergelar juara dalam Asia’s Next Top Model musim ke-5, bakal ditayangkan dalam sebuah rancangan bersiri 13 episod.

Untuk makluman semasa, sila layari [asntm.comatau lawat laman instagram asntm di [www.instagram.com/asntm].

The post Asia’s Next Top Model 5 Penuh Dengan Kejutan Yang Tidak Diduga appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583