Bukan sahaja didera secara fizikal dengan ditumbuk dan dipukul, Mel B juga mengalami tekanan apabila suaminya juga menghamilkan pengasuh anak mereka dan memaksanya melakukan seks beramai-ramai sepanjang 10 tahun perkahwinan.
Bekas anggota Spice Girls, Mel B membuat dakwaan mengejut diatas suaminya, Stephen Belafonte dalam dokumen yang difailkan di mahkamah menuntut Stephen menjauhkan diri dari dia serta tiga anak mereka.
Penyanyi itu yang memfailkan perceraian dengan penerbit itu bulan lalu, mendakwa penderaan itu bermula pada tahun pertama perkahwinan mereka pada 2007.

Lebam pada bawah pipi pada tahun 2012. Mel B dipaksa tweet gambar berkenaan dikatakan jatuh kerana memakai kasut tumi tinggi. Foto – http://www.nydailynews.com
Sumber dari Daily Mail memberitahu Mel ditumbuk, dicekik dan dihempas ke lantai ketika dia membuat persiapan rancangan televisyen Dancing With The Stars. Pada tahun 2012, bibir Mel B pernah pecah akibat ditumbuk gara-gara tuduhan Mel B bertindak curang dengan penyanyi Usher.
Stephen juga menghamilkan pengasuh anak mereka serta mencadangkan mereka bertiga tinggal bersama dengan bayi dikandung pengasuh itu. Pengasuh itu dikatakan menggugurkan kandungan dan dibayar AS$300,000 dengan menggunakan wang Mel B tanpa pengetahuannya.

Berlagak biasa walaupun pipinya ditampal bandage akibat dipukul. Foto – http://www.nydailynews.com
Mel juga mendakwa Stephen memaksanya menyertai hubungan seks dengan lelaki itu serta wanita lain dengan mengancam menyiarkan rakaman video hubungan seks mereka jika dia enggan.

Kesan penderaan masih lagi jelas kelihatan walaupun ditutup dengan solekan tebal. Mel B pada tahun 2014 dalam rancangan The X Factor. Foto – People
Rutin penderaan itu untuk mengingatkan Mel B bahawa suaminya lebih berkuasa jika Mel B berjaya dalam sesuatu bidang. Namun Stephen menafikan semua dakwaan itu.
The post Didera Suami, Bekas Anggota Spice Girls Mel B Failkan Penceraian appeared first on Wanista.com.