Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Sentiasa ‘Fotogenik’ Dalam Fesyen Pelik, G-Dragon Jejaka Paling Sempurna Abad Ini

$
0
0

“There’s no right answer in fashion” – G-Dragon

Penerbit, penulis lagu, usahawan, ikon fesyen – ada apa-apa lagi yang tidak boleh dilakukan oleh G-Dragon?

@xxxibgdrgn

A post shared by @peaceminusonedotcom on

Sebelum ini, penyanyi pujaan ramai ini tersenarai buat kali kedua sebagai 500 selebriti paling berpengaruh dalam dunia fesyen yang dikeluarkan The Business of Fashion (BoF). Pemilihan ketua kumpulan Big Bang itu berdasarkan pengaruhnya dalam fesyen yang menjadi trend bukan sahaja di Korea Selatan tetapi seluruh dunia.

G-Dragon adalah bintang terkenal yang bukan sahaja mempunyai peminat di Asia tetapi seluruh dunia. Fesyen yang diketengahkan menjadi trend dikalangan peminat dan atas dasar itu dia terpilih dalam senarai BoF.

Malah, menurut G-Dragon sendiri, jika tidak menjadi penyanyi, mungkin kerjaya sebagai pereka fesyen menjadi pilihannya. Jika dilihat fesyen yang dikenakan penyanyi dengan ketinggian 174cm ini banyak kepada konsep mix n match, beliau tidak terpengaruh kepada satu gaya sahaja. Yang menariknya, fesyen yang dikenakan penyanyi ini juga boleh dicuba oleh kaum wanita, tiada terhad.

Bukan sahaja fesyen jalanan, bahkan ketika mengambil gambar konsep album, kulit majalah, iklan komersial dan pelbagai lagi, G-Dragon sentiasa tampilkan fesyen yang out of the box. Benarlah kenyataan penggiat fesyen dan peminatnya yang merasakan “G-Dragon boleh diibaratkan seperti kanvas putih, apa sahaja dipakainya terletak elok dan langsung tiada cacat cela”. Untungkan jadi GD.

Anda tidak percaya? Lihat sahaja koleksi gambar G-Dragon dalam fesyen pelik ini, memang buat anda ternganga kerana ianya cukup sempurna.

1. Fur hat sebagai fashion statement. Sesuai untuk GD, tetapi tidak untuk anda.

Foto – IdolWow!

2. Imej nerd sebagai librarian.

Foto – Allkpop

3. Bad boy yang sangat comel. 

Foto – Soompi Forums

4. G-Dragon sebagai pelumba pun boleh.

Foto – Amino

5. Rambut afro ketika dalam muzik video Michigo.

Foto – Pinterest

6. Yang mana satu G-Dragon?

Foto – The F Words – WordPress.com

8. Freckles, rambut, kening sangat on point.

Foto – Allkpop

9. Persalinan serba gold. Silau mata penulis tengok.

Foto – Netizen Buzz

10. Boyfriend material mungkin? 

Foto – Koreaboo

11. Gaya rambut bob paling unik abad ini.

Foto – DramaFever

12. Bila G-Dragon lagi cantik dan seksi dari anda semua.

Foto – Pinterest

13. Glitter, trend mekap untuk tahun 2017.

Foto – Pinterest

14. Evil look.

Foto – Pinterest

15. Sebelah hitam, sebelah putih. Why not?

Foto – Koreaboo

16. Gaya rambut ini jadi viral kerana ianya seakan sushi. 

Foto – Allkpop

17. Warna rambut ala rumput pun nampak comel.

Foto – Amino

18. Fesyen gipsy.

Foto – Allkpop

19. Fashionable chef.

Foto – Pinterest

20. Rambut kerinting kusut-masai #iwokeuplikethis.

Foto – Vogue

21. Gaya afrika tribal?

Foto – Allkpop

22. Kalau artis Malaysia mesti dikritik sebab pakai selekeh macam ini. Tapi untuk GD, nampak perfect!

Foto – Female Mag

Sangat pelik bukan? Tapi itulah G-Dragon!

The post Sentiasa ‘Fotogenik’ Dalam Fesyen Pelik, G-Dragon Jejaka Paling Sempurna Abad Ini appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583