Ketua kumpulan Girls’ Generation, Taeyeon menarik perhatian para netizen dengan imej terkini yang lebih bold – kanta lekap dengan warna yang berlainan.
Walaupun ramai selebriti lain yang menjauhi pemakaian kanta lekap, tetapi Taeyeon dengan bangganya berkongsi gambar fesyen kanta lekap berlainan warna di Instagram, malah mendapat perhatian netizen. Rata-rata netizen memuji kanta lekap yang dipakai Taeyeon.

Foto – Koreaboo
Taeyeon dilihat memakai kanta lekap, satu warna biru dan satu lagi warna seakan hijau/coklat, memberi kelainan pada wajahnya.

Foto – Koreaboo
Taeyeon sememangnya dikenali sebagai salah seorang selebriti tercantik di Korea Selatan jadi tidak hairanlah apa sahaja fesyen yang dikenakan padanya nampak cukup menarik apatah lagi unik.

Foto – Koreaboo
Siapa tahu mungkin fesyen kanta lekap berlainan warna akan jadi trend di Korea.
The post Warna Anak Mata ‘Baru’ Taeyeon Tarik Perhatian Netizen appeared first on Wanista.com.