Berakhirlah teka-teki apabila pelakon Faye Kusairi dan Pengarah Azmi Hatta akhirnya bernikah semalam.
Pelakon yang pernah muncul dalam drama “Istikharah Cinta” itu sah bergelar isteri kepada bekas suami penyanyi Elly Mazlein kira-kira tengah hari semalam dalam sebuah majlis berserdehana yang diadakan di Taman Cempaka, Jalan Ampang, lapor akhbar Harian Metro.
Majlis penyatuan itu turut dihadiri kaum keluarga masing-masing, dapat disaksikan menerusi beberapa buah foto yang dikongsikan oleh kelab peminatnya di akaun Instagram.
Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 30, juga sempat memuat naik gambar kad jemputan perkahwinan mereka di laman sosial itu semalam.

Sumber: blogspot/qasyahfulmalayworld

Sumber: blogspot/qasyahfulmalayworld

Sumber: blogspot/qasyahfulmalayworld

Sumber: blogspot/qasyahfulmalayworld

Sumber: blogspot/qasyahfulmalayworld
Sejak penghujung tahun lalu, percintaan Faye dan Azmi mendapat perhatian netizen selepas didakwa menjadi punca pengakhiran kebahagiaan rumah tangga Elly. Mereka bagaimanapun telah menafikannya.

Sumber: blogspot/qasyahfulmalayworld

Sumber: blogspot/qasyahfulmalayworld

Sumber: blogspot/qasyahfulmalayworld

Sumber: blogspot/qasyahfulmalayworld

Sumber: blogspot/qasyahfulmalayworld
Azmi berkahwin dengan Elly sejak November 2014 dan bercerai hampir setahun kemudian ketika kandungan Elly masih berusia empat bulan.
The post [13 Gambar] Dulu Nafi, Kini Faye & Azmi Hatta Sudah Jadi Suami Isteri appeared first on Wanista.com.