Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Dato’ Sheila Majid Bakal Gegar Stadium Merdeka Ogos Depan!

$
0
0

Terkenal dengan lagu ‘Warna’, kini kembali dengan ‘Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017’ yang menjanjikan persembahan vokal mempersona, lirik menarik dan melodi rancak untuk peminat setianya di Stadium Negara pada 5 Ogos 2017. Dato’ Sheila Majid juga menjanjikan kejutan dengan album terbaharunya, ‘Boneka’ selepas 13 tahun!

Konsert ini dianjurkan oleh IME Productions, diterbitkan oleh More Entertainment, dan disokong oleh syarikat pengurusan artis Magada Entertainment. Dato’ Sheila Majid mahukan hanya yang terbaik untuk para peminat beliau dalam konsert yang ditunggu-tunggu ini. Konsert ini menggabungkan sistem audio berkualiti tinggi, 100 para professional, dan ahli muzik terhebat dunia yang diterajui Penerbit Muzik tersohor, Mac Chew.

Foto – TicketCharge

Dengan suaranya yang unik dan bertenaga, persembahan yang memukau dan bakat yang luar biasa, ‘Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017’ menjanjikan malam yang istimewa yang tidak patut dilepaskan!

Jualan tiket bermula pada 14 April 2017, jam 10:00 pagi, di www.ticketcharge.com.my. Untuk pertanyaan tentang penjualan tiket, hubungi TicketCharge di +603 9222 8811.

  • Tarikh : 5 Ogos, 2017
  • Masa : 8:00 PM
  • Lokasi : Stadium Negara
  • Tiket : Premium RM888, VVIP RM688, VIP RM488, CAT 1 RM388, CAT 2 RM288, CAT 3 RM188, CAT 4 RM98

The post Dato’ Sheila Majid Bakal Gegar Stadium Merdeka Ogos Depan! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583