Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Kemaruk Nak Kurus, Aktres Korea Ni Gila Berdiet Makan 3 Sudu Nasi Je Sehari

$
0
0

Disebabkan tekanan yang melampau mahu kelihatan sempurna dalam industri hiburan, pelakon Korea mendedahkan diet ekstrem yang dilakukan untuk mengekalkan bentuk badan langsing.

#여행그램#드라마끝난후#달콤한휴식#가족과함께❤️#행복한추억

A post shared by 이태임 (@taeim000) on

Pelakon tersebut, Lee Tae-Im mengaku bahawa dia hanya makan tiga sudu nasi setiap hari sejak enam bulan yang lalu.

Lee Tae-Im menjelaskan dia berasa tidak yakin untuk berdiri bersama rakan pelakon Park Han-Byul dan Lee Chae-Young selepas mereka berkumpul untuk satu photoshooting, hal ini membuatkan dirinya membuak-buak untuk mengamalkan diet drastik ini.

“Saya melakukan photoshooting dengan pelakon Park Han-Byul dan Lee Chae-Young, yang muncul dengan bentuk badan sempurna. Saya menjadi malu dengan badan saya sendiri apatah lagi berdiri di sebelah mereka. Bahkan menangis kerana kecewa dengan diri sendiri,” jelas pelakon yang berusia 30 tahun.

Walaubagaimanapun, Tae-Im sedar bahawa apa yang dilakukannya adalah berbahaya dan memberi amaran kepada semua khususnya anak gadis untuk tidak mengikuti contoh tersebut.

Pendedahannya itu menimbulkan kebimbangan, kini, dia berjanji akan menambah berat badan sekitar 2-3 kilogram dan meningkatkan pengambilan nasi daripada tiga kepada enam sudu.

SUMBER

The post Kemaruk Nak Kurus, Aktres Korea Ni Gila Berdiet Makan 3 Sudu Nasi Je Sehari appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583