Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Melodi “Tentang Kita” Diana Danielle

$
0
0

Aktres jelita 26 tahun yang berdarah kacukan ini baru sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul Tentang Kita. 

Tonton Video Muzik Tentang Kita oleh Diana Danielle

Meskipun telah beranak-pinak, Diana Danielle masih lagi bercita-cita untuk mengembangkan karier dan minatnya dalam muzik. Beliau sendiri mengaku bahawa menjadi seorang penyanyi adalah impiannya sedari kecil.

Tentang Kita yang berentak reggae adalah hasil ciptaan Dj Fuzz manakala liriknya pula ditulis oleh Alabbas dan Muariffahini ini sudah pasti boleh diterima oleh semua peringkat masyarakat kerana inti lagunya yang mudah difahami serta mempunyai melodi ceria.

Umumnya, lagu ini menceritakan tentang seorang gadis merindui kekasih hati yang jauh. Konsep video muziknya pula diinspirasi dari gaya hidup bohemian yang dapat dilihat menerusi cara pemakaian Diana Danielle sewaktu penggambaran.

Buat anda yang meminati lagu Tentang Kita, boleh mula muat turun dari iTunes, Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder dan KKBox.

Jom Cari Tahu ‘Tentang Diana Danielle’ Sikit?!

#1 Bagaimana D kekalkan bentuk badan?

Saya bersyukur kerana memiliki genetik daripada ibu yang kurus. Namun, tubuh badan masih harus dijaga. Amalkan pemakanan yang seimbang dan bersenam. Selepas bersalin pun memang elak makan nasi.

#2 D berdiet tak?

Saya mengawal pemakanan bukan kerana mahu menurunkan berat badan tetapi lebih kepada menjaga kesihatan. Saya juga memilih makanan yang akan memberi saya lebih tenaga dan menstabilkan mood saya.

#3 Makanan yang D selesa ambil setiap hari?

Kalau boleh setiap pagi saya selesa untuk makan sajian saraoan ala barat seperti sosej atau roti bakar. Untuk tengahari, saya pilih untuk makan menu yang berat seperti Nasi Ayam manakala malam, saya akan makan campuran bijirin couscous yang siap dimasak seperti nasi beersama Salmon. Yup! Saya akan pilihan jenis makanan yang sihat-sihat :)

#4 Boleh kongsi rutin solekan harian D?

Saya tidak bersolek pada hari-hari biasa. Namun jika perlu bersolek, saya juga akan lakukan tidak lebih daripada 15 minit dan akan fokuskan pada bahagian mata.

Bedak asas pilihan sudah tentu daripada Luxuria Cosmetics Anti Aging Foundation kerana teksturnya sangat ringan dan membuat wajah tampak lebih glowy. Kemudian saya oleskan pembayang mata berona bronze, calitkan celak mata, ketip bulu mata kemudian sapuan maskara menggunakan Luxuria Cosmetics  Volumizing Mascara.

Sumber: Melinda Looi

#5 Amalan petua cantik D?

Setiap pagi saya akan ambil vitamin Moringa serta meminum segelas air yang dicampur Habbatus Sauda. Selain itu saya juga gemar buat green juice yang dicampurdengan susu unta bagi mengekalkan kesihatan badan. 

#6 Lima barang wajib perlu ada dalam beg tangan?

Sunblock, eyeliner, maskara, gincu dan semestinya minyak wangi!

#7 Perfume pilihan D?

Light Blue dari Dolce & Gabbana atau Bright Crystal dari Versace.

#8 Quote kegemaran?

Happy girls are the most beautiful girls. -Audrey Hepburn

The post Melodi “Tentang Kita” Diana Danielle appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583