Muzik techo-pop kini menjadi ikutan anak muda yang sentiasa mengikut arus permodenan dalam apa sahaja. Muzik campuran atau mash-up biasa kedengaran di kelab-kelab malam apabila DJ menyatukan rentak muzik dan lagu.
Siapa sangka, wanita yang boleh diberi pangkat nenek berusia 82 tahun mendapat perhatian apabila dia menjadi DJ untuk sebuah kelab malam di Tokyo.
Sumiko Iwamuro merupakan seorang pengusaha restoran makanan Cina, namun di waktu malam, beliau terkenal dengan mana DJ Sumirock di kelab malam di DecaBarZ, Jepun.
Dari sumber Reuters, beliau mula berjinak sebagai DJ pada usia 70-an dan mengambil masa selama setahun lebih untuk belajar tentang muzik kelab.
Sumiko memilih muzik yang mempunyai elemen techo, jazz dan klasik sebagai padanan mash-up.
“Apabila saya sedang spin, saya ingin mengikut rentak dan mainkan lagu yang tepat. Tetapi yang paling penting saya mahu penonton saya terhibur,” katanya.
Beliau menyimpan hasrat untuk berkongsi muzik ciptaan di New York.
The post Hebat! Nenek Berusia 82 Tahun Aktif Sebagai DJ Kelab Malam appeared first on Wanista.com.