Sekitar awal Mac lepas, aktres jelita Indonesia yang kian dikenali menerusi filem Syurga Yang Tak Dirindukan ini khabarnya telah putus tunang meskipun baru sahaja dilamar, seterusnya bersetuju untuk mengikat tali pertunangan bersama jejaka yang lebih mesra dipanggil Afie Kalla pada 29 Januari lalu.
BACA: Benarkah Heroin Syurga Yang Tak Dirindukan Ini Putus Tunang, Tapi Angkara Siapa?
Namun, sejak kebelakangan ini ada pula spekulasi yang timbul mengatakan bahawa Bella sebenarnya sudah move on meskipun baru sahaja putus tunang lebih-lebih lagi apabila dia bersama dengan seorang jejaka misteri dilihat berkeliaran di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Indonesia awal minggu ini.
Apakah benar jejaka berbaju biru yang berdampingan dengannya dalam foto viral itu adalah berstatus ‘kekasih baru’?
Tiada sesiapa pun dapat mengesahkannya.
Mengeruhkan keadaan apabila Bella sendiri naik berang sebaik foto dia bersama jejaka misteri itu mula tersebar di laman-laman Instagram gosip Indonesia.
Kata Bella, tergamaknya lelaki paparazi itu merakam foto dan videonya saat dia leka membeli-belah bahkan sanggup berkongsi foto-foto peribadinya itu dengan beberapa akaun Instagram hiburan Indonesia.
Saya hanya pergi dengan seorang teman dan asisten saya.
Saat ini dengan status saya yang “sendiri” saya berhak berteman dengan siapa saja.
Tolong jangan membuat fitnah.
Kerana perasaan tidak puas hati dengan tindakan si fulan, Bella juga sempat mendapatkan rakaman CCTV daripada gedung membeli-belah tersebut sebagai bahan bukti.
The post Laudya Cynthia Bella Dirakam Bersama Cowok Baru? appeared first on Wanista.com.