Kehidupan peribadi Neelofa bakal dipertontonkan di siri realiti web? Apakah konsepnya sama seperti Keeping Up with the Kardashian?
Untuk pengetahuan anda, laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr.tv melancarkan siri realiti web terbaharu, ‘ShowReal’. Siri pertama ‘ShowReal’ yang mempunyai enam episod web menampilkan selebriti terkenal Neelofa.
Pengarah Siaran, Elaine Daly yang mengulas mengenai rancangan tersebut berkata;
“‘Show Real’ adalah sebuah siri realiti web yang disediakan untuk peminat yang ingin mendapatkan pendedahan ekslusif mengenai personaliti yang hidup di kaca mata umum; inilah peluang untuk melihat diri sebenar mereka. Sebagai seorang wanita muda moden yang berjaya, Neelofa menjadi contoh dan inspirasi kepada anak-anak muda supaya gigih untuk mengejar impian, sama ada menjadi usahawan berjaya atau mengukir nama di dalam dunia hiburan.”
Melalui enam episod web, penonton boleh #FollowLofa untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kehidupan peribadi Neelofa bersama keluarga dan rakan-rakan, kariernya dalam industri hiburan dan usaha membangunkan jenama beliau tersendiri bahkan juga teka teki hubungan Neelofa bersama Fattah dan banyak lagi. Bunyi macam menarik bukan?
Episod web pertama ShowReal #FollowLofa akan ditayangkan di hurr.tv pada Rabu 26hb April 2017 dan episod web seterusnya boleh ditonton setiap Rabu pada jam 6 petang.
Untuk maklumat lanjut, layari www.hurr.tv atau ikuti kami di Facebook, Instagram dan Twitter.
The post Neelofa Bakal Ada Siri Realiti Web! appeared first on Wanista.com.