Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Hormat Suami, Lana Nordin Belum Mahu Kongsi Gambar Anak

$
0
0
Foto - beautifulnara.com

Pelakon Lana Nordin menghormati keputusan suaminya untuk tidak memuat naik gambar anak perempuan mereka, Gia Quinn Mckienzie yang kini berusia enam bulan buat sementara waktu bagi menikmati tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, 36, berkata beliau pasti berkongsi wajah anak sulungnya itu kepada umum apabila tiba masanya nanti. Kerap kali diasak dengan pertanyaan sama, Lana memohon semua pihak memahami pendekatan diambilnya dan suami.

“Tidak dinafikan ramai yang meminta saya memuat naik gambar Gia, namun saya menghormati keputusan suami untuk tidak berkongsi foto anak kami di media sosial buat sementara waktu.

“Julung kali bergelar ibu bapa, kami ingin menikmati detik indah memikul tanggungjawab ini berdua dulu. Insya-Allah saya pasti berkongsi gambar Gia apabila tiba masanya.

“Lagipun, saya memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tanpa bantuan pembantu. Gambar saya sendiri pun jarang dimuat naik kerana sibuk dengan rutin harian, takut tidak menang tangan pula nanti,” katanya.

Dalam perkembangan terkini, Lana mengakui sayu tidak dapat menyambut lebaran bersama keluarga di Malaysia. Begitupun beliau menerima suratan beraya di perantauan kerana tuntutan kerjaya suaminya, Mohd Daud McKienzie, 36.

“Semestinya saya sedih tidak dapat beraya bersama keluarga di Malaysia, namun saya memahami kerjaya suami. Biarpun jauh di perantauan, saya tetap memasak masakan Melayu seperti rendang dan sebagainya bagi membangkitkan suasana raya,” kata Lana.

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584