
Oh!K bakal menayangkan drama romantis bersiri baharu yang dibintangi oleh aktres dan aktor kegemaran ramai, Han Hyo-Joo dan Lee Jong-Suk dalam W-Two Worlds.
Bermula hari Khamis depan, 21 Julai 2016 tepat jam 8.55pm, jangan lupa untuk berada di hadapan kaca televisyen bagi mengikuti perjalanan ceritera cinta antara dua insan yang hidup dalam semesta yang berlainan.
https://www.youtube.com/watch?v=ZsMy4JOoc2E
Watak Kang Chul yang dimainkan oleh Lee Jong-Suk adalah merupakan bekas johan Olimpik, juga seorang pemilik empayar keluarga yang bijak dan muda. Manakala Oh Yeon-Joo lakonan Han Hyo -Joo pula adalah seorang pelajar perubatan tahun kedua yang tabah dan mesra.

Pada suatu hari ketika Oh Yeon-Joo sedang mencari bapanya yang hilang, dengan secara tidak sengaja dirinya telah menemui dan menyelamatkan nyawa Kang Chul sekaligus membuka pintu antara dua dunia tersebut.
W-Two Worlds! Akan ditayangkan setiap hari Khamis dan Jumaat pada waktu yang sama iaitu sehari selepas tayangan di Korea. Hanya di Oh!K Astro saluran 394, berserta sari kata bahasa Malaysia Inggeris dan Mandarin.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk di www.ohk-tv.com atau lawat laman Facebook rasmi OhKtvAsia di www.facebook.com/ohktvasia