Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Yuna Tidak Kecewa Gagal Masuk Carta Billboard 200

$
0
0
Foto - www.pmstudio.com

Walaupun album barunya yang berjudul ‘Chapters’ masih belum memasuki carta Billboard 200, penyanyi dan penulis lagu dari Malaysia, Yunalis Mat Zara’ai atau Yuna menjelaskan dia langsung tidak kecewa.

Sebaliknya, beliau masih bersyukur kerana ‘Chapters’ berjaya memasuki carta lagu dewasa R&B Billboard. Turut berada dalam carta itu adalah penyanyi terkemuka antarabangsa, Beyoncé dan Rihanna.

“Saya tidak pernah jangkakan berada dalam carta ini dan sangat gembira sudah menemui rentak dan tempat dalam industri ini. Untuk album ini disenaraikan dalam carta Billboard 200, saya tidak meletakkan harapan tinggi kerana baru dikeluarkan pada Mei lalu dan ia akan mengambil masa untuk pendengar menerima album itu,” katanya.

Ditanya sama ada akan mencuba genre lain selain R&B dan Pop, Yuna berkata beliau tidak nampak ada keperluan untuk menukarnya kerana selesa dengan pilihannya ketika ini.

‘Chapters’ yang juga album kelima Yuna, turut menampilkan kolaborasinya dengan beberapa penyanyi antarabangsa seperti Usher dan DJ Premier. Antara lagu popularnya dalam album ‘Chapters’ adalah Crush, Places to Go dan Lanes.

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583