Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Mila Timang Anak Sulung, Lahir Bayi Lelaki

$
0
0

Siapa yang tak ingat dengan selebriti kecil molek yang seorang ni… Kala sibuk menjalankan perniagaan katering selepas berkahwin, Mila Jirin iaitu bekas juara Akademi Fantasia musim ke-5 telah selamat melahirkan bayi sulung Jumaat lalu di sebuah Hospital swasta ibu negara pada jam 9.45.

Mila selamat melahirkan bayi lelaki dan diberi nama Mohd Arif Zikri seberat 2.78 kilogram.

Dipetik daripada BH Online, kata Mila, dia asalanya mahu bersalin secara normal.

“Bagaimanapun, berikutan beberapa komplikasi, pihak hospital menyarankan saya melahirkan anak secara pembedahan. “Saya dimasukkan ke hospital sejak malam Isnin lalu kerana air ketuban pecah. Lama juga saya berada di hospital kerana tiada tanda ingin bersalin sepanjang empat hari itu. “Cuma malam Jumaat lalu saya mula berasakan sakit. Saya dimasukkan ke dewan pembedahan pada jam 3 petang dan Alhamdulillah, proses bersalin dipermudahkan. Dalam 45 minit, segala-galanya selesai,” katanya.

“Terima Kasih buat semua saudara mara, sahabat handai dan para peminat yang mendoakan saya dan anak saya. Alhamdulillah Mommy & Baby sihat,” tambahnya lagi.

Mila berkahwin dengan pengurusnya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha pada November 2015 dan pernah diuji dengan keguguran sekitar Jun tahun lalu.

SUMBER 1 & 2

The post Mila Timang Anak Sulung, Lahir Bayi Lelaki appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583