Percaya tau tidak, semua tiket konsert jelajah Ed Sheeran yang dijadualkan berlangsung di Malaysia pada November nanti telah habis dijual dalam masa 30 minit sejak jualan dibuka sekitar jam 10 pagi semalam.
Pengarah Urusan PR Worldwide R. Para berkata semua 12,000 tiket telah habis dijual selepas jualan bermula pada jam 10 pagi ini.
“Malangnya, tidak ada kemungkinan untuk konsert kedua di Malaysia,” kata Para seperti kepada portal The Star Online.

Dalam pada kejayaan itu, ada para peminat lain yang tidak berpeluang mendapatkan tiket tersebut meluahkan rasa kesal.
Bahkan turut ramai yang berang kerana beberapa pihak menjual semula tiket konsert itu dengan harga yang begitu tinggi menurut laporan Astro Awani.
“Saya beratur hampir dua jam, tetapi tidak berkesempatan untuk membeli tiket,” tweet seorang pengguna media sosial, Chinny Joy.
Seorang lagi peminat penyanyi kelahiran Britain itu yang dikenali sebagai Mikael berkata,”banyak tiket habis dijual bukan kepada peminat tetapi kerana mereka yang ingin menjual semula tiket tersebut.”
Konsert jelajah ‘Ed Sheeran Divide Tour Live in Kuala Lumpur 2017’ akan diadakan 14 November ini di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada jam 8.30 malam.
The post Peminat Berang, Tiket Konsert Ed Sheeran Di Malaysia “Sold Out” Dalam Masa 30 Minit appeared first on Wanista.com.