Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Liam Payne Tak Puas Hati Dengan Lagu Baru Harry Styles ‘Sign Of The Times’?

$
0
0

Wow! Tak sangka lagu baru dan solo pertama Harry Styles ‘Sign of the Times’ bukanlah kegemaran rakan band One Direction, Liam Payne.

Liam yang baru-baru ini ditemu ramah berkata jujur dia lebih sukakan single terbaru dari Niall Horan ‘Slow Hands’ berbanding lagu Harry. Liam mengelarkan lagu ‘Slow Hands’ menarik dan hebat, tapi tidak kepada ‘Sign of the Times’.

“Jujurnya, lagu itu bukan yang jenis saya dengar tapi bagi saya dia sudah lakukan yang terbaik dalam apa yang dia mahu buat. Itulah sahaja yang saya dapat fikirkan.”

Liam menambah lagi..

Apa yang saya rasa lucu ialah, Harry mungkin akan berkata perkara yang sama mengenai saya kerana dia juga tidak begitu minat dengan muzik hip-hop, dimana lagu saya lebih kepada ‘Rack City’ dan lagunya pula seperti di era yang berbeza apabila saya dengar.

Bagaimana pula dengan anda bila dengar lagu baru Harry? 

Beberapa hari lalu Harry menjelaskan dalam tabloid USA Today, menulis untuk album terbarunya seperti terapi untuk diri. Dia mahu peminat juga merasai apa yang dilaluinya semasa menyiapkan album. 

Jadi tak kisahlah apa orang nak kata, yang penting Harry dan peminatnya gembira dengan muzik terbaru darinya!

SUMBER

 

 

The post Liam Payne Tak Puas Hati Dengan Lagu Baru Harry Styles ‘Sign Of The Times’? appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583