Sudah nama selebriti di mana sahaja berada, pasti akan ada peminat yang mengekori untuk mengambil gambar. Walaupun sudah ditegur secara baik oleh pihak pengurusan artis tersebut tetapi peminat yang ‘degil’ masih lagi tidak peduli akan ketenteraman si artis.
Pelakon hebat, Gong Yoo tidak terkecuali menerima nasib yang sama bahkan beliau sangat terbuka tentang hal ini malah menjelaskan tidak berminat dengan rangkaian laman sosial seperti Instagram, Twitter, Facebook.
Gong Yoo merasakan media sosial menyekat kehidupan pengguna berjalan seperti biasa. Beliau sendiri rindukan mempunyai kehidupan yang normal, tanpa sebarang gangguan dari para peminat yang mengambil gambar.
“Saya suka keluar dan berjalan di jalanan untuk merasai makanan enak tetapi sudah begitu lama tidak dapat lakukan demikian.”
Bahkan beliau berharap satu hari nanti boleh pergi berenang atau tanning tanpa peminat cuba untuk mengambil gambarnya.
Ala kesiannya Gong Yoo. Ingat artis pun manusia biasa macam kita semua. Ada masanya mereka juga ingin bersendirian tanpa sebarang gangguan.
Peace okay!
The post Rindu Jadi Orang Biasa, Gong Yoo Rimas ‘Dikongkong’ Peminat appeared first on Wanista.com.