Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Shahir Kata Dia Dan Erra Serius

$
0
0

Bekas juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir mengakui hubungannya dengan pelakon Erra Fazira, serius.

“Saya memang serius berkawan dengan Erra. Saya juga bersedia untuk ke peringkat seterusnya.

“Bila tiba masa yang sesuai dan semuanya sudah pasti, saya tidak akan keberatan untuk berkongsi. Saya faham situasi Erra yang selalu tampil ke hadapan menjawab persoalan orang ramai mengenai hubungan kami.

“Saya memohon semua peminat agar mendoakan hubungan kami. Insya-Allah, sampai waktu yang sesuai, akan ada berita baik,” kata Shahir.

Hampir tiga tahun menghilang, Shahir muncul memberikan sokongan di konsert akhir Gema Gegar Vaganza (GGV).

Shahir juga menegaskan kehilangan dirinya adalah bukan kerana dia merajuk dengan industri hiburan.

“Saya hilang bukan sebab merajuk. Saya tidak tampil ke hadapan kerana saya menguruskan perniagaan di kampung halaman.

“Saya memang mengambil keputusan untuk tidak muncul dan mendiamkan diri dari bidang seni kerana saya sibuk menguruskan perniagaan.

“Aktiviti seni lebih tertumpu di Kuala Lumpur dan saya pula berada di kampung. Saya tidak mahu menyusahkan banyak pihak sekiranya saya gagal membahagikan masa dan komitmen.

“Kini saya bersedia untuk kembali ke persada hiburan. Ramai juga peminat yang menanti dan bertanya mengenai produk terbaru saya.

SUMBER 

The post Shahir Kata Dia Dan Erra Serius appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583