Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Demam Pokémon Go! Melanda & Mengapa Orang Mula Ketagih Dengannya

$
0
0
Foto -inverse.com

Pokémon adalah siri animasi Jepun yang sangat popular suatu ketika dahulu sejak awal era 90an. Berkisarkan tentang sekumpulan remaja mencabar diri untuk menangkap raksasa Pokémon yang mempunyai kuasa masing-masing dengan menggunakan sebiji bola besi berwarna putih dan merah (Pokéballs) -berfungsi sebagai tempat untuk mengunci atau menyimpan raksasa istimewa tersebut.

Gif -Giphy
Gif -Giphy

Dunia kini digemparkan dengan kemuculan Pokémon Go yang dilancarkan awal minggu ini iaitu sebuah permainan visual yang baharu. Namun, apa yang membuatkannya lebih menarik adalah permainan ini nampak sangat realistik berlatarkan alam nyata di mana, hanya dengan berpandukan arah serta kamera telefon pintar, secara tiba-tiba raksasa Pokémon akan muncul merata tempat dan pemain perlu menangkapnya -mengumpul seberapa banyak jenis raksasa demi melatih raksasa-raksasa tersebut untuk menyertai suatu pertarungan hebat dengan raksasa Pokémon milik orang lain.

TONTON PAUTAN VIDEO INFO LANJUT BERKENAAN POKEMON GO! DI BAWAH:-

Sebagai permulaan, permainan mudah alih ini boleh dimuat turun secara percuma melalui iOS atau Android. Anda boleh memilih sama ada mahu membeli terus menggunakan wang sebenar untuk mendapatkan wang PokéCoins iaitu wang yang diguna pakai dalam permainan ini, jika tidak, anda harus bermain dengan lebih rancak dan kerap bagi mendapatkan wang  PokéCoins berkenaan supaya boleh membeli Pokéballs untuk menangkap raksasa-raksasa Pokémon.

Foto -lifehacker.com
Foto -lifehacker.com

Bagi menemui dan menangkap raksasa yang lebih banyak, anda harus bermain di luar rumah, tidak kiralah di tempat tumpuan orang awam, di dalam hutan mahupun di sekitar padang luas.

Melalui skrin peranti tablet atau telefon pintar, anda akan dapat melihat visual peta maya berserta diri anda sendiri dalam bentuk digital. Anda harus meneruskan perjalanan mengikut peta yang dipaparkan dan sebaik sahaja telah menemui petunjuk yang menandakan kehadiran raksasa, anda boleh menghidupkan kamera telefon pintar untuk mula melempar Pokéball milik anda ke arah raksasa yang berkenaan. Ia perlu tepat pada sasarannya.

Foto -lifehacker.com
Foto -lifehacker.com

Pokémon Go boleh dimainkan secara perseorangan mahupun secara berkumpulan bersama para pemain atau ‘pelatih’ raksasa yang lain ketika pertarungan di “gym” nanti (gym adalah tempat khas untuk melakukan pertarungan raksasa yang telah siap dilatih oleh si pemburu@tuan raksasa). Bahkan, semakin tinggi peringkat permainan yang anda capai, banyaklah juga cabaran dan ganjaran yang lebih hebat menanti anda. Yang paling penting, ianya semakin menyeronokkan dan jaga-jaga, anda bakal jadi ketagih!

PokéStops pula adalah perhentian yang dipaparkan dalam peta, membolehkan anda untuk mengutip ganjaran seperti telur serta Pokéballs untuk kegunaan dalam misi pemburuan raksasa yang seterusnya.

Gif -giphy
Gif -giphy

Apa yang anda harus tahu, Pokémon Go telah pun menjadi lebih popular berbanding Tinder dan media sosial Twitter. Purata penggunaannya oleh rata-rata individu di seluruh dunia pula adalah lebih kurang 43 minit, 23 saat. Dalam masa yang sama, Pokémon Go juga telah meningkatkan nilai saham Nintendo sebanyak 56% dalam masa tidak sampai seminggu! WAH!

Walau bagaimanapun, keselamatan maklumat peribadi anda mungkin tergugat sebaik sahaja anda mendaftar masuk  ke akaun Google milik anda bagi mencipta akaun peribadi Pokémon Go Ini kerana, akaun anda itu boleh diakses sepenuhnya oleh aplikasi permainan ini. Yup! Bahaya.

Pihak yang bertanggungjawab masih cuba membaik-pulih kelemahan aplikasi permainan ini supaya ia tidak akan menyebabkan masalah yang lebih besar di kemudian hari. Oleh itu, ada baiknya anda membuat satu alamat email baru yang khas untuk kegunaan mendaftar akaun Pokémon Go tersebut.

Gif -giphy
Gif -giphy

Dalam pada kegilaan yang sedang melanda para peminat fanatik Pokémon di seluruh pelusuk dunia, banyak juga penemuan-penemuan aneh yang tidak dirancang menimpa si pemburu di kala leka mencari raksasa di luar. Antaranya, ada yang menemui bangkai mayat, tercedera kerana melanggar objek keras di tengah jalan tanpa sengaja, terperangkap dalam kejadian serangan homoseksual kerana lokasi “gym” yang disangka tempat pertarungan bersama dengan pemain asing rupa-rupanya merupakan perangkap cubaan merogol malah ada yang turut menjadi mangsa dalam kejadian rompakan bersenjata. Aduh! Hati-hatilah ya.

Jadi, apa pendapat anda? Setiap perkara mestilah ada baik dan buruknya, jika hendak bermain itu, pastikan keselamatan diutamakan dahulu!

Selamat berpokémon go semuanya!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles