Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Almost Royal Bakal Ditayang Di Malaysia! Apabila Kerabat Diraja Cuba Hidup Seperti Orang Biasa

$
0
0
Poppy (Amy Hoggart) & Georgie (Ed Gamble) sambil memegang bekas abu mendiang bapanya di Caunty Manor. Foto -Arkib Wanista

Berkisarkan tentang kehidupan dua beradik kerabat diraja Britain, Georgia Carlton lakonan Ed Gamble dan Poppy Carlton lakonan Amy Hoggart dalam siri mencuit hati Almost Royal yang buat pertama kalinya disiarkan di Asia.

Saluran Comedy Central akan melancarkan kedua-dua musim siri Almost Royal yang menampilkan cerita serta gelagat dua beradik keturunan raja itu apabila mereka merasai pengalaman untuk menjadi orang biasa di luar istana, bahkan ini merupakan saat kali pertama mereka menjejakan kaki ke Amerika Syarikat.

George (Ed Gamble) mencuba bakat untuk menjadi penggaya rambut dengan memotong rambut manekin. Foto -Arkib Wanista
Georgia (Ed Gamble) mencuba bakat untuk menjadi penggaya rambut dengan memotong rambut manekin. Foto -Arkib Wanista

Sukan yang lazimnya dimainkan oleh kerabat diraja seperti Kriket diganti dengan permainan sukan Besbol, negeri tempat tinggal asal mereka di Buckingham telah bertukar ke Beverly Hills malah sesi minuman teh yang merupakan aktiviti santai kegemaran raja-raja Britain juga telah diganti dengan aktiviti kecergasan bina badan bersama peragawan terkemuka Fabio.

Ikuti penjelajahan Georgia dan Poppy hampir ke seluruh daerah bumi Amerika termasuklah di daerah popular utama seperti Los Angeles, Boston, Texas, New York, Nashville, Detroit dan Washington, D.C berikutan ia merupakan pesanan terakhir mendiang bapa mereka, Lord Carlton ang mahukan mereka pergi ke Amerika Syarikat supaya dapat memahami serta melihat dunia luar secara terbuka.

Poppy (Amy Hoggart) danGeorgie (Ed Gamble). Foto -Arkib Wanista
Poppy (Amy Hoggart) dan Georgie (Ed Gamble). Foto -Arkib Wanista

Oleh kerana kehidupan mereka yang serba mewah, ia telah menyukarkan mereka untuk mempunyai sifat berdikari seperti individu normal. Namun kini, mereka perlu menempuh pelbagai masalah dan cabaran dengan sendirinya serta perlu menyelesaikan setiap permaslahan yang dihadapi.

Jangan lupa tonton Almost Royal musim pertama pada setiap hari Khamis, jam 10.25pm bermula 14 Julai 2016 manakala tayangan untuk musim kedua Almost Royal akan bermula 4 Ogos 2016, setiap hari Khamis, tepat jam 10.55pm, hanya di HyppTV saluran Comedy Central 609!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583